Dali adalah seorang yang komited dengan kerjanya. Hampir lagi diiktiraf sebagai pekerja terbaik tahunan. Impiannya tinggi menjulang, nak jadi bos katanya. Pikirnya kalau jadi bos kerja relax, tiada tekanan dan gaji pun kaw-kaw. Ditacapkan dalam hati impiannya itu sehinggakan...alhamdulillah...tercapai jua. Bangga bukan kepalang mamat nih. Maka bermula lah kisah...tadi mukadimah je.
“ Dan kita hanya merancang, dan Allah juga merancang. Sesungguhnya Allah sebaik-baik perancang ”
[3:54]
Bahawasanya fikiran Dali ternyata meleset. Walau hidup tampak mewah, namun masalah dunia kekal dan bertambah selirat dalam kepala otaknya. Aneh sekali, tapi itu lah realitinya. Situasi ini juga berlaku dalam kehidupan hariannya. Kelihatan serba-serbi tak cukup, hutang juga keliling pinggang. Duit keluar masuk lebih kurang je.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Dalam sebuah kisah yang lain, Jali seorang aktivis dakwah yang komited. Hidup serba-serbi kekurangan tapi penuh dengan ketenangan. Tengok muka je asik-asik ceria, tanda kebahagiaan yang dikecapinya. Agak-agak miskin, ada je sahabat yang hulur. Sahabat-sahabatnya pun macam tahu-tahu je, mungkin hasil ikatan islamiyah yang begitu padu, masing-masing memahami.
“ Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu ”
[47:7]
“ Barangsiapa yang mengejar dunia, maka dia akan tunduk pada dunia. Barangsiapa yang mengejar akhirat, maka dunia dan akhirat kedua-duanya akan tunduk kepadanya ”
Tahniah buat anda, pendokong dakwah! Tahniah kerana sudi mengisi kepala otak anda dengan segala macam masalah dakwah. Mungkin ada beberapa perkara yang menyakitkan hati, namun percayalah segala-galanya demi membumikan Islam yang tercinta. Tak semua orang impikan jawatan ini. Tapi lihat lah, Allah menaikkan darjat kita sebaris dengan pendokong dakwah terdahulu, suatu pengiktirafan yang sangat-sangat besar.
“ Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka... ”
[9:111]
Jika ada individu di luar sana tak mampu mengimani janji Allah seperti yang tertera di atas .... errr .... cuba lah sedaya upaya mengimaninya, selagi hayat masih ada...
2 comments:
insyaAllah semoga tsabat
aminnn...
Post a Comment