May 25, 2010

Kerja Kilang ≠ Kerja Dakwah, sila ubah mindset




Jasni seorang graduan dalam bidang sains. Alhamdulillah, berkat kesabaran yang tak berbelah, akhirnya diganjarkan jawatan engineer di salah sebuah kilang elektronik “ berjaya ” di Johor. Gembira tak terhingga, apatah lagi ditawaran gaji yang agak lumayan.

Di permulaan kerja, Jasni didedahkan dengan hal-hal engineering. Al-maklum lah budak sains, kena tahu gak term-term engineering. Namun begitu, Jasni menunjukkan prestasi kaw2 sehingga diberi kepercayaan “ menjaga sistem ". Atas beban kerja yang agak terbeban, Jasni mula memecah kebuntuan dengan melakukan beberapa kesilapan. Apa lagi, kene la lecture dengan bos agak-agak 2 jam gitu. Namun, Jasni tetap tegar dan mampu memotivasi diri. Di benak akalnya sudah terbayang ancaman yang bakal mendatang;


1. kene lecture lagi ngan bos, mungkin tambah kepada 3 jam.
2. jadi bahan gurauan rakan sejawat di kilang.
3. kene sound ngan customer.
4. tak dapat bonus pada tahun berkenaan.
5. potong gaji.
6. diturunkan jawatan.
7. dibuang kerja.


Begitu juga dengan kita. Kita harus bersungguh-sungguh menjalankan gerak kerja dakwah. Adalah salah jika kita tidak berasa terancam jika bersambil lewa dalam berdakwah. Meletak harapan menggunung untuk melihat hasil dakwah adalah harapan yang sia-sia, sedangkan umur dakwah sangat-sangat panjang menjangkau usia hayat kita. Akhirnya, kita cenderung untuk berputus asa dan beralasan dakwah akan tersebar pabila tiba masanya dengan menggunakan dalil berikut;


“ Jika kamu tidak berangkat (untuk berperang), nescaya Allah akan menghukum kamu dengan azab yang pedih dan menggantikan kamu dengan kaum yang lain, dan kamu tidak akan merugikan-Nya sedikit pun. Dan Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu ”

[9:39]


Justeru, adalah menjadi satu kewajiban bagi kita untuk mengubah mindset, menganggap kerja dakwah seperti kerja kilang...penuh dengan ancaman..dugaan..cabaran...agar diri kita serius memikul beban dakwah. Jadi lah seperti Jasni, memikirkan 7 ancaman yang akan dihadapinya jika tidak memastikan setiap kerja yang dibuat dengan betul. Kembali lah kepada Quran, lihat sejauh mana kita mengimani setiap kata-kata Allah, seperti dalam firman-Nya;


“ Maka apakah sama orang yang Kami janjikan kepadanya suatu janji yang baik (syurga) lalu dia memperolehnya, dengan orang yang Kami berikan kepadanya kesenangan hidup dunia; kemudian pada hari Kiamat dia termasuk orang-orang yang diseret (ke dalam neraka) ? ”

[28:61]


Peringatan! Jika kita tidak mengimani ayat di atas, seolah-olah kita tidak yakin dengan janji Allah. Justeru, sejauh mana iman kita terhadap-Nya? Fikirkan...




No comments: