Jun 21, 2010

Tarbiyah Dzatiyah




Tarbiyah Dzatiyah adalah pembinaan kendiri dalam membentuk peribadi muslim dalam segenap aspek ke tahap optimal. Dengan kata lain, sejauh mana kita mentarbiyahkan tarbiyah yang sedia ada dalam diri. Mengoptimumkan tarbiyah kendiri adalah sangat penting demi menyokong aktiviti dakwah. Justeru, adalah penting bagi individu muslim itu sendiri mengerahkan segala kudrat memaksimakan tarbiyah dzatiyah. Jika bukan kita, siapa lagi!


Allah berfirman,

“ Dan setiap mereka datang kepada Allah pada hari kiamat dengan sendiri-sendiri ”

[Al-Isra’:13-14]


Rasulullah juga bersabda,

“ Setiap orang dari kalian pasti diajak bicara Tuhan-Nya, tanpa penterjemah antara dirinya dengan-Nya ”

[muttafaq alaih]


Tarbiyah dzatiyah mampu menyalurkan momentum pada diri individu muslim itu sendiri jika ingin melakukan perubahan dalam diri. Mengapa? Kerana tarbiyah dzatiyah akan mendorong seseorang untuk bermuhasabah. Umat kini lebih cenderung untuk melakukan perbandingan dengan menjadikan seseorang yang dilihat ikon sebagai titik rujukan. Ternyata ini suatu perbandingan yang tidak adil sama sekali, kerana setiap manusia dianugerahkan kelebihan tertentu. Mereka alpa bahawa timbangan Allah itu lebih adil@tepat di sisi manusia baik dia seorang muslim mahupun kafir!


Allah berfirman,

“ Wahai orang-orang beriman, bertaqwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat) ”

[Al –Hasyr:18]


Jika disingkapi kembali sirah, Rasulullah memposisikan orang yang benar-benar layak dan sesuai untuk menjalankan sesuatu tugas dakwah. Sebagai contoh, Rasulullah mengutus seorang pemuda, Musab bin Umayr ke Madinah. Diriwayatkan tiada sebuah rumah yang tidak diketuk dan tidak dilaungkan kalimah Laa ilaa ha illallah oleh Musab. Kita lihat bagaimana seorang pemuda yang berjiwa besar, menerima sentuhan tarbiyah direct daripada Rasulullah sendiri, menjalankan tugas dakwah dengan penuh kesungguhan di kala dia satu-satunya murobbi di sana.

Hakikatnya, Rasulullah menyedari potensi yang dimiliki pemuda ini sebelum itu lagi. Sebelum keislamannya, Musab hidup dalam kemewahan. Namun setelah menyatakan keislamannya, serta-merta Musab meninggalkan segala kemewahan yang pernah dikecapinya lantas menyahut seruan Allah.

Peringatan! Orang yang mampu melakukan perubahan besar dalam diri mampu menggalas tugas yang besar. Bersediakah kita menggalas tugas yang besar? Fikirkan...



Sumber : Tarbiyah Dzatiyah, Abdullah Bin Abdul Aziz Al-Aidan



No comments: