May 17, 2012

WARKAH BUAT SAHABAT



Best nye rasa bila mana menyelusuri waqi' dakwah yg berbeza, lagi2 bila mana waqi' tersebut sangat2 "tak memihak" kepada kita. Dan daripada suasana yang "tak memihak" tu la menjadi point atau asbab (jika dilihat dari kaca mata kita) Allah campakkan suatu perasaan yang sangat2 membina dalam diri seorang daie. Seolah2nya dakwah sangat2 mendambakan perubahan daripada tangan2 kita. 


Perasaan apakah yg mampu menandingi perasaan mulia yg dimiliki seorang daie? Bukankah pelik dengan hanya bertukar waqi' terus digugah dengan perasaan yg membuak-buak? Dari mana datang buaknya perasaan ini kalau bukan daripada Allah? Dan pastinya pembuakan itu bukan hanya sekadar mengisi ruang2 kosong dalam hati, di sana ada amal yang ditagih sejajar dengan konteks iman dan kefahaman kita terhadap dakwah ini. 


Ikhwah yg ana kasihi,

Kita sangat beruntung! Allah sengaja campakkan kita dalam ruang lingkup jahiliah yg kaw-kaw pekatnya. Bole jadi Allah sengaja campakkan kita dalam biah yg tak berapa nak membina pun. Bole jadi gak Allah sengaja limitkan bilangan muharrik di waqi' kita. 


Pertama, Husnuzonlah kita! Di sana kita akan belajar menjadi seorang yang 


kuat sabarnya
sensitif hatinya
lapang dadanya
utuh imannya

dan...

cekal perasaannya.


Kedua, Tingkatkan tarbiah dzatiyah kita! Kerna dari situ datangnya 


perhatian Allah kepada kita
limpahan kasih sayangNya kepada kita
pertolongan dan peneguhan langkah dakwi kita


Kita sama2 doakan dakwah kita memacu lagi pasni. Persetankan segala kepayahan, kesulitan, kekecewaan, kebengangan dll yg bole menghambat perkembangan dakwah ini. Sesungguhnya kita hanya perlukan Allah semata-mata...


Moga kemudahanNya sentiasa bersama kita.






Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,







(Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.




p/s: tak sabar2 nak hirup udara "luar ipt"