Mar 13, 2012

JOM JADI MAKHLUK BEKERJA



Moga Allah merahmati, melimpahkan kasih sayangNya malah tak putus2 mengganjari antum "saham" yang berpanjangan di akhirat kelak. Moga kita thabat dalam jalan dakwah ini kerana inilah satu2nya jalan yang membuahkan seribu satu macam nikmat, kurniaan sang Pencipta. Jika sempat, bayangkanlah wajah2 sesama kita dalam doa...mudah2an Allah membayangi wajah kita di saat limpahan kejayaan dakwah itu sendiri mencurah2.


Ikhwah yang ana kasihi sekalian,

Kerja kita masih banyak lagi! Masih banyak lagi! Masih banyak lagi!!! Tak tahu macam nak diungkapkan, memadai ulangan itu mencerminkan betapa tinggi kerisauan ana terhadap "slack"nya gerak kerja dakwah kita. Ana mohon kita sama2 

  1. beristighfar
  2. muhasabah fardi
  3. menginsafi kelemahan diri
  4. memperbaiki amal 


Jangan sesekali beralasan bahawa

  1. dakwah ini tak berkembang atas asbab kedangkalan kita dalam fiqh dakwah
  2. takwin kita tak menjadi atas asbab lemahnya kita dalam menguasai fikrah Islami
  3. gerak kerja kita slow atas asbab "keblurrran" kita terhadap perkara yang telah disyurakan


Seorang daie takkan blame kedangkalannya @ kelemahannya @ keblurrrannya di jalan dakwah, kerana Allah mendesign diri daie itu ibarat seorang engineer yang sentiasa being kreatif mencari solusi. Allah dah turunkan segala macam wahyu untuk kita, sejauh mana kita manfaatkannya? Segala2nya terletak pada kita. Kalau kita tahu diri ini bodoh, jangan sesekali

  1. pretend kita faham segala2nya bila mendengar
  2. bajet tahu semua bila bercakap
  3. pura2 take note dengan saje2 "buat" catatan ringkas ketika meeting





وَمَا أَرْسَلْنَاكَ إِلَّا رَحْمَةً لِّلْعَالَمِينَ
“ Dan tidaklah kami utuskan Engkau (Muhammad) melainkan sebagai rahmat ke seluruh alam”

(Al-Anbiya : 107)


اللّهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلاَ يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْرَ 
“Allah menghendaki kesenangan kepada kamu dan tidak mengingini kesusahan menimpa kamu”

(Al-Baqarah : 185)


عَلَيْكُمْ فِي الدِّينِ مِنْ حَرَجٍ مِّلَّةَ هُوَ اجْتَبَاكُمْ وَمَا جَعَلَ
“ Dan tidaklah kami menjadikan deen ini kepada kamu sebagai sesuatu yang menyusahkan”

(Al-hajj : 78)





وَمَن يُسْلِمْ وَجْهَهُ إِلَى اللَّهِ وَهُوَ مُحْسِنٌ فَقَدِ اسْتَمْسَكَ

بِالْعُرْوَةِ الْوُثْقَى وَإِلَى اللَّهِ عَاقِبَةُ الْأُمُورِ
“Dan sesiapa yang berserah diri kepada Allah (dengan ikhlas) sedang ia berusaha mengerjakan kebaikan, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali agama) yang teguh; dan kepada Allah jualah kesudahan segala urusan.”

(Surah Luqman : 22)



Moga kita termasuk golongan makhluk yang bekerja!



(p/s: asif atas kekasaran bahasa, memang sengaja didesign untuk terasa, betapa pahitnya berjuang di jalanNya, agar layak melangkah ke syurga.....)