Nov 2, 2010

Being Practical Muslim



Beberapa minggu kebelakangan ni terasa diri diduga dengan begitu hebat sekali. Ditambah lagi dengan berat beban fizikal, dirasakan tak tertanggung lagi. Apakah penyakit yang diturunkan berupa kasing sayang-Nya terhadap penulis atau ianya hanyalah salah satu petanda murka-Nya terhadap penulis?! Wa iya zubillah.... 

Resah pabila difikirkan. Apatah lagi dugaan yang diturunkan menyusul2 seolah-olah tiada penghujungnya. Pabila pergerakan terbatas, ternyata ia memberi impak besar dalam kehidupan penulis. Jangankan pergi kuliah, nak singgah toilet rumah pun susah, bertatih macam baby 9 bulan. Kadang kala terasa diri macam OKU pulak, mengharapkan belas ehsan orang. Syukur penulis dikurniakan sahabat2 yang boleh menjadi tempat bergantung harap....syukur alhamdulillah~

Penulis tacapkan dalam hati, mungkin inilah masa terbaik untuk muhasabah diri......membenarkan kesalahan mahupun kesilapan yang selama ini ditidakkan...... 


" Wahai orang2 yang beriman! Mengapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? (itu) sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa2 yang tidak kamu kerjakan "

[Saff; 2-3]


Penulis merasakan ayat di atas sering menjadi bahan tadabbur dan hujah oleh daie2 di luar sana. Tetapi sejauh manakah kita mampu mencerap dan sekaligus menghadami dalam hati kita. Wahai daie, jangan sesekali kamu terpedaya dengan permainan bibirmu kerana ditakuti itu hanyalah sekadar omong kosongmu!

Kata2 sahaja belum cukup memenuhi syarat untuk menjadi cerminan terhadap iman seseorang. Definisi iman sangatlah diskrit, merangkumi hati, lidah dan anggota badan. Tugas hati adalah membentuk pengakuan, tugas lidah adalah membentuk perkataan manakala tugas anggota badan adalah membentuk amalan. Inilah ciri2 individu muslim yang sebenar, dalam dirinya tiada kegusaran;



  1. Dalam hatinya tiada kegusaran sehinggakan hatinya mampu mempengaruhi lidah untuk mengucapkan kata2 yang baik.
  2. Pada lidahnya tiada kegusaran sehinggakan lidahnya mampu mempengaruhi anggota badan untuk mengamalkan perkara yang baik.
  3. Pabila anggota badannya tiada kegusaran dalam beramal, maka hatinya yang sarat dengan keimanan tidak akan rasa gusar pabila didatangi dengan pelbagai cabaran dan dugaan.    



Nukilan kali ni bukanlah untuk mengkritik mana2 pihak atau individu tertentu, memadai lah ia ditujukan khas buat diri penulis....diri yang penuh dengan tompok hitam. Moga2 tompok hitam ini menyedari bahawa tempatnya bukanlah pada hati tetapi pada tubuh anjing Dalmation...haha~



Sumber: Ilham daripada Allah Azza Wa Jalla





Oct 18, 2010

HATI 2

" Allah sekali-kali tidak menjadikan bagi seseorang dua buah hati dalam rongganya... "

[Ahzab;4]


Adalah tidak masuk akal jika seseorang hamba mempersoalkan perencanaan Allah. Sesungguhnya Allah sebaik-baik perancang. Namun, di sebalik penciptaan Allah itu tersirat ribuan hikmah yang perlu diteroka. Penerokaan ini perlu dilakukan dari semasa ke semasa, setiap waktu. Ia seolah-olah menghubungkan dalil naqli (yakni Quran) dengan dalil aqli (yakni pemerhatian terhadap alam syahadah). Dengan penerokaan hikmah inilah yang akan membenarkan ayat2 Allah sekaligus menambah keimanan kita kepada sang Pencipta.

Di situ lah tampak peranan akal itu sendiri, bukan hanya sekadar mengupgradekan kita di sisi haiwan malah membawa kita kepada sesuatu yang lebih jelas...jelas dan terang...macam hukum izhar halqi ~

Kini penulis sedar ke"best"an mentadabbur ayat2 Allah, walaupun kadang kalanya jauh menyimpang daripada objektif asal. Paling tidak akal penulis terhindar daripada cemaran hal2 yang melalaikan.

Sebagai contoh, penulis ingin mengajak pembaca mentadabburi ayat di atas. Secara rasionalnya, terdapat beberapa perkara yang boleh dicerap daripada maksud ayat di atas:-


  1. Penghargaan - Kebiasaannya, kita akan lebih menghargai jika kita memiliki hanya satu benda instead of dua benda yang sama. Maksud penulis adalah jika kita memiliki dua benda yang sama, sekiranya berlaku kehilangan salah satu daripadanya, dari sudut psikologi kita tak merasakan kehilangan yang besar berbanding jika kita memiliki hanya satu benda. Ibrahnya, kita ditarbiyah untuk menghargai setiap kurniaan Allah dan mempergunakannya ke arah jalan yang diredhai Allah.
  2. Bebanan - Menyemai jiwa dengan iman bukan lah satu perkara yang mudah, apatah lagi musuh utama, yakni syaitan tidak berputus asa melalaikan manusia. Tidak terbayang jika manusia dikurniakan dua hati. Sudah tentu bebanannya sungguh dahsyat, bebanan membasahi dua hati dalam masa yang sama! Ibrahnya, kita hendaklah bersyukur ke hadrat Allah atas segala perencanaan hebat-Nya. Sudah tentu hikmah yang tersirat memberi manfaat besar pada kita.
  3. Hala tuju - Hala tuju yang dimaksudkan adalah hala tuju hati. Hati adalah raja kepada anggota badan. Bersih hati seseorang, maka bersih lah amalnya...Kotor hati seseorang, maka kotor lah amalnya. Hati lah yang akan memandu empunya badan dari sudut amalan. Jika manusia dikurniakan dua hati di mana hati pertamanya dipenuhi dengan iman pada masa yang sama hati keduanya sarat dengan hasad, masakan manusia itu mampu beramal! Ibrahnya, hala tuju amat penting dalam kehidupan. Tanpa hala tuju, hidup kita akan celaru. 


Bagaimana? Mudahkan meneroka hikmah...teruskan usaha!


Sumber: Bagaimana Menyentuh Hati, Abbas As-Siisiy



Oct 3, 2010

HATI



Sering kali di permulaan halaqah atau majlis ilmu, kita mulai dengan ucapan tahmid. Itu lah hamba yang bersyukur, tidak kekang lidah menyebut alhamdulillah.

Baru-baru ni penulis dikurniakan rezeki yang melimpah ruah. Sebenarnya dari dulu cemtu pun, buktinya cukup jelas pada fizikal penulis. Cuma kali ni benar-benar terkesan dalam sanubari. Begitu lah jiwa seorang hamba...jiwanya sensitif pabila diduga, leka pabila berharta. Lagak mereka yang 'berwang' lebih kurang sama dengan 'beruang'.


 
" .......Mereka memiliki hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat2 Allah) dan mereka memiliki mata tetapi tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda2 kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga tetapi tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat2 Allah). Mereka seperti haiwan ternak,
bahkan lebih sesat lagi..... "

                                                                                                                         [7;179]


Jika diteliti dalil di atas, kita diajak untuk menjadi seorang yang sensitif. Sensitif dengan segala macam benda di sekeliling kita, berbekalkan pancaindera yang dikurniakan. Sensitif adalah sejenis perasaan....dan perasaan pula berhubung kait dengan hati. Hati yang sensitif hanya dapat dijelmakan jika seseorang daie bijak memadankan ayat2 Quran dengan alam ciptaan Allah, tidak sekali-kali menzalimi pancaindera ke arah maksiat!


" ......Ketahuilah! Bahawa di dalam badan ada seketul daging, apabila ia baik, baiklah seluruhnya dan apabila ia rosak, rosaklah sekaliannya. Ketahuilah! Itulah yang dikatakan hati "

[Riwayat Bukhari dan Muslim]


Peringatan! Sesungguhnya hati adalah raja kepada anggota badan. Pastikan ianya bersih agar iman mudah menyuburi hati kita, sesuai dengan hadis riwayat Anas,


" Tidak lurus iman seorang hamba hingga lurus (terlebih dahulu) hatinya "



Sumber : Bagaimana Menyentuh Hati oleh Abbas As-Siisiy

 



Jun 26, 2010

Buat Pimpinan dan Orang Bawahan...



“ Bagi pemimpin dalam dakwah Ikhwan mempunyai hak seperti bapa dalam ikatan hati, sebagai guru dalam faedah keilmuan, sebagai seorang syeikh dalam pendidikan kerohanian, seorang ketua dalam memutuskan siasah umum bagi dakwah. Malahan dakwah kita menghimpunkan seluruh pengertian ini. ”


Petikan di atas adalah kata-kata yang terpacul keluar dari bibir Imam Syahid pabila membincangkan mengenai kedudukan pemimpin dalam jemaah. Suatu pandangan yang menyeluruh, mencakupi aspek-aspek besar dalam kehidupan kita. Sesungguhnya pemimpin ibarat lambang jemaah yang membawa panji Islam ke seluruh pelusuk dunia.

Justeru, Islam menganjurkan umatnya untuk menimbulkan perasaan kasih sayang dan hormat-menghormati terhadap kepimpinan jemaah yang sedia ada mahupun yang akan datang. Mustafa Masyhur menyatakan perasaan ini harus wujud dalam arah dua hala, agar ianya jauh dari semangat menguasai atau lemah pabila berhadapan dengan orang-orang bawahan. Orang-orang bawahan pula hendaklah melihat hubungan perasaan ini merupakan suatu ibadah kepada Allah dan mendekatkan diri kepada-Nya sesuai dengan sabda Rasulullah,


“ Sesiapa mentaati aku maka dia mentaati Allah dan barangsiapa yang menderhakai padaku maka dia telah menderhakai Allah; sesiapa yang mentaati ketua maka dia telah mentaati aku dan sesiapa yang menderhakai ketua maka dia telah menderhakai aku ”

[Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim]


Peringatan! Hubungan harmoni ini tidak sepatutnya hambar@keruh atas sebab gap yang sedia ada. Jurang ini hanyalah sebagai tanda penghormatan dan penghargaan oleh orang-orang bawahan terhadap sang pemimpin.



Sumber : Jalan Dakwah; Antara Qiyadah dan Jundiyah, Mustafa Masyhur





Jun 21, 2010

Tarbiyah Dzatiyah




Tarbiyah Dzatiyah adalah pembinaan kendiri dalam membentuk peribadi muslim dalam segenap aspek ke tahap optimal. Dengan kata lain, sejauh mana kita mentarbiyahkan tarbiyah yang sedia ada dalam diri. Mengoptimumkan tarbiyah kendiri adalah sangat penting demi menyokong aktiviti dakwah. Justeru, adalah penting bagi individu muslim itu sendiri mengerahkan segala kudrat memaksimakan tarbiyah dzatiyah. Jika bukan kita, siapa lagi!


Allah berfirman,

“ Dan setiap mereka datang kepada Allah pada hari kiamat dengan sendiri-sendiri ”

[Al-Isra’:13-14]


Rasulullah juga bersabda,

“ Setiap orang dari kalian pasti diajak bicara Tuhan-Nya, tanpa penterjemah antara dirinya dengan-Nya ”

[muttafaq alaih]


Tarbiyah dzatiyah mampu menyalurkan momentum pada diri individu muslim itu sendiri jika ingin melakukan perubahan dalam diri. Mengapa? Kerana tarbiyah dzatiyah akan mendorong seseorang untuk bermuhasabah. Umat kini lebih cenderung untuk melakukan perbandingan dengan menjadikan seseorang yang dilihat ikon sebagai titik rujukan. Ternyata ini suatu perbandingan yang tidak adil sama sekali, kerana setiap manusia dianugerahkan kelebihan tertentu. Mereka alpa bahawa timbangan Allah itu lebih adil@tepat di sisi manusia baik dia seorang muslim mahupun kafir!


Allah berfirman,

“ Wahai orang-orang beriman, bertaqwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat) ”

[Al –Hasyr:18]


Jika disingkapi kembali sirah, Rasulullah memposisikan orang yang benar-benar layak dan sesuai untuk menjalankan sesuatu tugas dakwah. Sebagai contoh, Rasulullah mengutus seorang pemuda, Musab bin Umayr ke Madinah. Diriwayatkan tiada sebuah rumah yang tidak diketuk dan tidak dilaungkan kalimah Laa ilaa ha illallah oleh Musab. Kita lihat bagaimana seorang pemuda yang berjiwa besar, menerima sentuhan tarbiyah direct daripada Rasulullah sendiri, menjalankan tugas dakwah dengan penuh kesungguhan di kala dia satu-satunya murobbi di sana.

Hakikatnya, Rasulullah menyedari potensi yang dimiliki pemuda ini sebelum itu lagi. Sebelum keislamannya, Musab hidup dalam kemewahan. Namun setelah menyatakan keislamannya, serta-merta Musab meninggalkan segala kemewahan yang pernah dikecapinya lantas menyahut seruan Allah.

Peringatan! Orang yang mampu melakukan perubahan besar dalam diri mampu menggalas tugas yang besar. Bersediakah kita menggalas tugas yang besar? Fikirkan...



Sumber : Tarbiyah Dzatiyah, Abdullah Bin Abdul Aziz Al-Aidan



Jun 15, 2010

Ku Hulur Duniamu, Kau Gandakan Akhirat Ku...


Pada suatu hari, Shah melangkah gagah menuju ke bilik Razi, mad’u yang dikenalinya sejak semester lepas. Teringat kembali ketika di awal perkenalan, Razi ketika itu dirundung masalah akademik. Pointer jatuh teruk pada semester itu. Bermula di situ lah bibit-bibit ukhwah terjalin... Sambil mengorak langkah, fikirannya menerawang memikirkan kerenah Razi akhir-akhir ini. Penuh dengan kontroversi lagaknya sejak penubuhan usrah yang formal beberapa minggu yang lalu,

Diimbas kembali peristiwa semalam, Shah benar-benar makan hati ditipu dek Razi secara terang-terangan. Dikatakan kurang sihat sebagai alasan untuk tidak hadir usrah. Realitinya, Shah terlihat kelibat Razi bersama kawan-kawannya yang lain di medan selera ketika dalam perjalanan menuju lokasi usrah. Keajaiban berlaku di sini! Apa tidaknya, bagaimana ukhwah yang terjalin itu dicemari dengan tipu daya yang bisa menggugat hati sang naqib?

Di sini kita perlu rewind kembali saat-saat ukhwah itu terjalin antara Shah dan Razi. InsyAllah perbincangan kita adalah sekitar persoalan di bawah;-


1. Apakah persepsi Razi terhadap Shah di awal perkenalan? Adakah dia melihat Shah sebagai seorang naqib @ sebagai seorang mentor akademiknya?

2. Adakah ikatan yang terjalin adalah atas dasar ukhwah islamiyah?


Jika Razi melihat Shah sebagai seorang naqib, that’s good. Jika tidak, Shah perlu banyakkan mendekati Razi secara personal. Muaiyasyah itu penting supaya kita lebih mengenali mad’u serta permasalahan yang mereka hadapi sekaligus mengubah persepsi mereka terhadap kita. Kebiasaannya, mad’u seperti Razi perlu diberi lebih perhatian, terutama dalam masalah yang dihadapinya. At least, naqib perlu menunjukkan usaha untuk menangani masalah mad’u mereka.

Akhir sekali, eratkanlah ikatan itu dengan ukhwah islamiyah. Babitkan mad’u kita dalam amal-amal islami. Tunjukkan kepada mereka betapa indahnya Islam dan tiupkan bibit-bibit izzah dalam hati mereka terhadap Islam. InsyAllah mereka inilah yang akan bersama-sama menggalas tugas murobbi seperti kita di masa hadapan.


“Apabila dicabut nyawa anak Adam, maka terputuslah segala amal perbuatannya melainkan 3 perkara; sadaqah jariah, ilmu yang bermanfaat dan doa anak yang soleh”


Marilah sama-sama kita memohon ampunan kepada Allah dan memohon agar usaha-usaha DF kita yang kecil ini membuahkan “saham” yang berpanjangan kepada kita di akhirat kelak. InsyAllah....






Jun 5, 2010

Anda bijak jadi pendokong dakwah!




Dali adalah seorang yang komited dengan kerjanya. Hampir lagi diiktiraf sebagai pekerja terbaik tahunan. Impiannya tinggi menjulang, nak jadi bos katanya. Pikirnya kalau jadi bos kerja relax, tiada tekanan dan gaji pun kaw-kaw. Ditacapkan dalam hati impiannya itu sehinggakan...alhamdulillah...tercapai jua. Bangga bukan kepalang mamat nih. Maka bermula lah kisah...tadi mukadimah je.


“ Dan kita hanya merancang, dan Allah juga merancang. Sesungguhnya Allah sebaik-baik perancang ”

[3:54]


Bahawasanya fikiran Dali ternyata meleset. Walau hidup tampak mewah, namun masalah dunia kekal dan bertambah selirat dalam kepala otaknya. Aneh sekali, tapi itu lah realitinya. Situasi ini juga berlaku dalam kehidupan hariannya. Kelihatan serba-serbi tak cukup, hutang juga keliling pinggang. Duit keluar masuk lebih kurang je.


---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Dalam sebuah kisah yang lain, Jali seorang aktivis dakwah yang komited. Hidup serba-serbi kekurangan tapi penuh dengan ketenangan. Tengok muka je asik-asik ceria, tanda kebahagiaan yang dikecapinya. Agak-agak miskin, ada je sahabat yang hulur. Sahabat-sahabatnya pun macam tahu-tahu je, mungkin hasil ikatan islamiyah yang begitu padu, masing-masing memahami.


“ Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu ”

[47:7]


“ Barangsiapa yang mengejar dunia, maka dia akan tunduk pada dunia. Barangsiapa yang mengejar akhirat, maka dunia dan akhirat kedua-duanya akan tunduk kepadanya ”


Tahniah buat anda, pendokong dakwah! Tahniah kerana sudi mengisi kepala otak anda dengan segala macam masalah dakwah. Mungkin ada beberapa perkara yang menyakitkan hati, namun percayalah segala-galanya demi membumikan Islam yang tercinta. Tak semua orang impikan jawatan ini. Tapi lihat lah, Allah menaikkan darjat kita sebaris dengan pendokong dakwah terdahulu, suatu pengiktirafan yang sangat-sangat besar.


“ Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka... ”

[9:111]


Jika ada individu di luar sana tak mampu mengimani janji Allah seperti yang tertera di atas .... errr .... cuba lah sedaya upaya mengimaninya, selagi hayat masih ada...






May 25, 2010

Kerja Kilang ≠ Kerja Dakwah, sila ubah mindset




Jasni seorang graduan dalam bidang sains. Alhamdulillah, berkat kesabaran yang tak berbelah, akhirnya diganjarkan jawatan engineer di salah sebuah kilang elektronik “ berjaya ” di Johor. Gembira tak terhingga, apatah lagi ditawaran gaji yang agak lumayan.

Di permulaan kerja, Jasni didedahkan dengan hal-hal engineering. Al-maklum lah budak sains, kena tahu gak term-term engineering. Namun begitu, Jasni menunjukkan prestasi kaw2 sehingga diberi kepercayaan “ menjaga sistem ". Atas beban kerja yang agak terbeban, Jasni mula memecah kebuntuan dengan melakukan beberapa kesilapan. Apa lagi, kene la lecture dengan bos agak-agak 2 jam gitu. Namun, Jasni tetap tegar dan mampu memotivasi diri. Di benak akalnya sudah terbayang ancaman yang bakal mendatang;


1. kene lecture lagi ngan bos, mungkin tambah kepada 3 jam.
2. jadi bahan gurauan rakan sejawat di kilang.
3. kene sound ngan customer.
4. tak dapat bonus pada tahun berkenaan.
5. potong gaji.
6. diturunkan jawatan.
7. dibuang kerja.


Begitu juga dengan kita. Kita harus bersungguh-sungguh menjalankan gerak kerja dakwah. Adalah salah jika kita tidak berasa terancam jika bersambil lewa dalam berdakwah. Meletak harapan menggunung untuk melihat hasil dakwah adalah harapan yang sia-sia, sedangkan umur dakwah sangat-sangat panjang menjangkau usia hayat kita. Akhirnya, kita cenderung untuk berputus asa dan beralasan dakwah akan tersebar pabila tiba masanya dengan menggunakan dalil berikut;


“ Jika kamu tidak berangkat (untuk berperang), nescaya Allah akan menghukum kamu dengan azab yang pedih dan menggantikan kamu dengan kaum yang lain, dan kamu tidak akan merugikan-Nya sedikit pun. Dan Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu ”

[9:39]


Justeru, adalah menjadi satu kewajiban bagi kita untuk mengubah mindset, menganggap kerja dakwah seperti kerja kilang...penuh dengan ancaman..dugaan..cabaran...agar diri kita serius memikul beban dakwah. Jadi lah seperti Jasni, memikirkan 7 ancaman yang akan dihadapinya jika tidak memastikan setiap kerja yang dibuat dengan betul. Kembali lah kepada Quran, lihat sejauh mana kita mengimani setiap kata-kata Allah, seperti dalam firman-Nya;


“ Maka apakah sama orang yang Kami janjikan kepadanya suatu janji yang baik (syurga) lalu dia memperolehnya, dengan orang yang Kami berikan kepadanya kesenangan hidup dunia; kemudian pada hari Kiamat dia termasuk orang-orang yang diseret (ke dalam neraka) ? ”

[28:61]


Peringatan! Jika kita tidak mengimani ayat di atas, seolah-olah kita tidak yakin dengan janji Allah. Justeru, sejauh mana iman kita terhadap-Nya? Fikirkan...




Antara dalam dan luar kolam renang



Pada suatu hari, Fendi ngan family g picnic kat PD. Tinggal di sebuah apartment dilengkapi kolam renang (ini bermaksud kolam renang menjadi tarikan paling kuat, bukan air cond seperti sebelumnya). Pemandangan pantai juga agak indah tapi maaf, penulis malas upload gambar.

Aktiviti pada malam tu adalah mandi kolam renang, sebab masa tu tak ramai orang. Saat itu lah Fendi menunjuk belangnya, mempamerkan aksi yang tak pernah dilihat orang. Kuak katak, kuak badak sumbu dan bermacam kuak lagi...

Tetiba, Fendi terdengar suatu seruan. Dia percaya seruan itu datang daripada lembaga yang jalan menghampirinya. Rupa-rupanya pekerja bawahan resort tu, menyeru meninggalkan kolam renang dengan segera atas alasan mandi pada “ waktu terlarang ”. Terkocoh-kocoh la Fendi berusaha keluar dari kolam renang tu.

Berbekalkan sosok badan yang agak gempal, menjadi satu dugaan besar baginya untuk keluar dari kolam renang. Al-maklum la, perenang unggul takkan keluar kolam renang guna tangga. So berlaku la kecelaruan di situ. Akhirnya, Fendi berjaya juga. Sambil melangkah menuju ke apartment, otak Fendi ligat berfikir mengenai kejadian tadi.

Dari kaca mata fizik, salah satu daya yang dikenakan terhadap kita ketika berenang adalah daya apungan. Hipotesisnya, semakin dalam air kolam, semakin tinggi daya apungan yang dikenakan. Ini bermakna daya apungan menjadi sangat-sangat minimum saat kita di permukaan air. Ini lah menjadi faktor kenapa kita memerlukan daya yang lebih besar untuk menampung kita keluar dari kolam renang.

Dari kaca mata dakwah, situasi ini boleh dianalogikan jika kita ingin melakukan perubahan dalam diri. Tak kisah dari buruk ke baik @ baik ke lebih baik. Fokus di sini adalah mujahadah kerana dengan mujahadah tinggi lah yang membolehkan Fendi keluar dari kolam itu. Bayangkan berbekalkan tubuh badan yang gempal, Fendi perlu memerah seluruh keringat yang ada dan menyalurkannya sebaik mungkin pada kedua-dua tangannya untuk membolehkannya keluar dari kolam renang itu.

Begitu juga dengan diri kita. Setiap orang mempunyai jahiliyah masing-masing. Persoalannya bagaimana kita berusaha meninggalkan saki baki jahiliyah yang ada pada diri, terutamanya jahiliyah yang dah lama membenak dalam diri. Lebih kritikal jahiliyah yang kita senangi @ selesa dengannya. Oleh itu, kita memerlukan satu momentum yang padu jika benar-benar ingin melepaskan diri dari kecaman jahiliyah. Dan momentum padu ini perlu dibina dalam diri agar ia membentuk mujahadah yang sangat-sangat kuat.


“ Dan hendaklah kamu memohon ampunan kepada Tuhanmu dan bertaubat kepada-Nya, nescaya Dia akan memberi kenikmatan yang baik kepadamu sampai waktu yang telah ditentukan. Dan Dia akan memberikan kurnia-Nya kepada setiap orang yang berbuat baik. Dan jika kamu berpaling, maka sungguh, aku takut kamu akan ditimpa azab pada Hari yang Besar (Kiamat) ”

[11:3]


Peringatan! Ini juga adalah sebahagian jihad kita, jihad memboloskan diri dari agenda golongan kufar yang mampu menggugat iman. Bermujahadah lah dalam mengoptimumkan tarbiyah dzatiyah kita, agar diri senantiasa bersedia menangkis segala jahiliyah.