Sering kali di permulaan halaqah atau majlis ilmu, kita mulai dengan ucapan tahmid. Itu lah hamba yang bersyukur, tidak kekang lidah menyebut alhamdulillah.
Baru-baru ni penulis dikurniakan rezeki yang melimpah ruah. Sebenarnya dari dulu cemtu pun, buktinya cukup jelas pada fizikal penulis. Cuma kali ni benar-benar terkesan dalam sanubari. Begitu lah jiwa seorang hamba...jiwanya sensitif pabila diduga, leka pabila berharta. Lagak mereka yang 'berwang' lebih kurang sama dengan 'beruang'.
" .......Mereka memiliki hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat2 Allah) dan mereka memiliki mata tetapi tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda2 kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga tetapi tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat2 Allah). Mereka seperti haiwan ternak,
bahkan lebih sesat lagi..... "
[7;179]
Jika diteliti dalil di atas, kita diajak untuk menjadi seorang yang sensitif. Sensitif dengan segala macam benda di sekeliling kita, berbekalkan pancaindera yang dikurniakan. Sensitif adalah sejenis perasaan....dan perasaan pula berhubung kait dengan hati. Hati yang sensitif hanya dapat dijelmakan jika seseorang daie bijak memadankan ayat2 Quran dengan alam ciptaan Allah, tidak sekali-kali menzalimi pancaindera ke arah maksiat!
" ......Ketahuilah! Bahawa di dalam badan ada seketul daging, apabila ia baik, baiklah seluruhnya dan apabila ia rosak, rosaklah sekaliannya. Ketahuilah! Itulah yang dikatakan hati "
[Riwayat Bukhari dan Muslim]
Peringatan! Sesungguhnya hati adalah raja kepada anggota badan. Pastikan ianya bersih agar iman mudah menyuburi hati kita, sesuai dengan hadis riwayat Anas,
" Tidak lurus iman seorang hamba hingga lurus (terlebih dahulu) hatinya "
Sumber : Bagaimana Menyentuh Hati oleh Abbas As-Siisiy
No comments:
Post a Comment