Jan 10, 2011

Merdeka DARIPADA Dunia



Amanah itu datang... Surat wasiat dari Sulaiman bin Abdul Malik (khalifah saat itu) menetapkan beliau merupakan khalifah berikutnya. Dan sejak itu, berlaku lah perubahan besar dalam hidupnya.

Sebelum era khalifahnya, sungguh mewah pabila berpakaian. Sehingga ketika memegang sutera berharga 800 dirham, terpacul kata, "Oh, kasarnya!". Setelah menjadi khalifah, diberikan padanya sutera yang berharga 8 dirham, terpacul pula kata, "Oh, alangkah halusnya!". Si pembawa sutera pun tertawa, Apa tidaknya, dia sendiri yang membawakan sutera 800 dirham kepada beliau sebelum ini. Aneh bukan?

Pada suatu hari, Maslamah bin Abdul Malik melawat beliau yang sedang sakit. Dilihat pakaian adik iparnya itu terlalu kotor dan lusuh. Dengan perasaan hiba, Maslamah bertanya kepada adiknya, Fathimah binti Abdul Malik, "Kenapa kau tak basuh bajunya?". Wanita solihah tu menjawab, "Demi Allah! Beliau takde lagi baju selain yang dipakainya. Jika aku mencucinya, beliau tidak berbaju nanti..."

Ketika datang orang untuk menemuinya, beliau pun bertanya, "Untuk keperluan apa engkau menemuiku?". Di saat itu, orang itu datang atas urusan peribadi, beliau pun mematikan pelita pejabatnya. "Kenapa anda mematikan pelitanya wahai Amirul Mukminin?" Beliau tegas menjawab, "Ini milik umat. Engkau menemuiku atas urusan peribadi. Maka aku tidak berhak memakai fasiliti ini".

Beginilah Khalifah Umar bin Abdul Aziz mengejar cita2 syurga. Beliau merdeka daripada kekuasaan, meskipun kekuasaan berada dalam genggamannya. Beliau merdeka daripada tarikan dunia, meskipun dunia mengerling genit padanya. Beliau 'perbudakkan' dunia, demi mendambakan syurga Allah. Beruntunglah beliau...beruntunglah beliau kerana telah merdeka daripada dunia!


Sumber: Buletin NAH! oleh akhi Fatan



No comments: