Jan 17, 2011

AKHLAK perlu diTONJOLkan!



Jika disoroti dengan teliti kehidupan masyarakat di sekeliling kita, adalah suatu perkara yang aneh bin pelik melihat kecacatan minda tahap kritikal berlaku di kalangan mereka. Apakan daya, mungkin akibat "kemajmukan" masyarakat yang melampau sehinggakan berlakunya asimilasi dari sudut minda dan persepsi. Hasilnya, minda masyarakat semakin berkecamuk laksana Gerakan Rawak Brown. Situasi ini bukanlah suatu yang baik kerana persepsi yang bakal terbentuk dalam "kepala otak" mereka akan cenderung ke arah -ve.

Sebagai contoh; orang yang pakai kopiah putih dilabel penyokong parti cahaya bulan, orang yang pakai kain pelikat senteng sket dianggap pernah keluar 3 hari, orang yang pakai kopiah tirus dikecam "syok sendiri" dsb. Yang lagi best nya persepsi berbaur -ve banyak dicalit terhadap mereka yang beriltizam dengan Islam. Sadis bukan!

Sebentar tadi baru ku faham hikmah di sebalik identiti. Berdasarkan pengamatan ku lihat sesetengah harakah Islam terburu-buru dalam "mengestablish" identiti mereka sehinggakan setiap dari mereka kepingin identiti fizikal tersendiri. Kopiah saja dah bermacam bentuk, baju saja dah bermacam fesyen, tasbih saja dah bermacam ntah pape ntah...dah macam merupai tangkal atau azimat. Fenomena ini diburukkan lagi dengan ahli2 dalam harakah itu sendiri dok rasa izzah terhadap identiti mereka. Izzah terhadap Islam kian malap!

Seorang syeikh menceritakan secara panjang lebar di mana tingginya kedudukan dakwah melalui akhlak di dalam dakwah Ikhwan Muslimin. Menariknya, jundi2 Ikhwan ditarbiyah agar masyarakat mengenali mereka melalui akhlak yang mantap, bukanlah atas uslub yang tidak meyakinkan. Masyarakat mengenali mereka kerana tertarik dengan akhlak, peribadi mereka. Sehinggakan masyarakat menawarkan diri untuk mengenali mereka dan sekali gus bertindak menjadi baik penyokong mahupun pendokong kepada harakah tersebut.


" Adapun hamba2 Tuhan Yang Maha Pengasih itu adalah orang2 yang berjalan di bumi dengan rendah hati dan apabila orang2 bodoh menyapa mereka (dengan kata2 yang menghina), mereka mengucapkan, Salama "

[Furqan: 63]


Dengan gaya pemikiran masyarakat kini yang kian bersifat prejudis terhadap Islam, adalah lebih cantik jika ditonjolkan Islam yang sebenar. Matlamat dakwah para daie harus jelas. Jadikanlah dirimu cerminan kepada Islam sepertimana Rasulullah mengislahkan para sahabat. 

Penuhilah dirimu dengan ilmu, hiasilah dirimu dengan iman, lengkapilah dirimu dengan amal dan tacapkanlah dalam niatmu " kerana ALLAH dan SYURGA ". Allahualam...



Sumber: Ceramah disampaikan oleh Syeikh Ikhwan



No comments: