Si X selalu merungut meeting lama sangat.
Si Y selalu tak puas hati dengan keputusan syura.
Si Z dah lama tahu "permasalahan" sahabatnya X dan Y, bahkan ia dibiarkan berlarutan begitu sahaja tanpa diberi sebarang rawatan khusus. Dan itu lah "permasalahan besar" Si Z...hanya sekadar menyedari, tak memikirkan solusi. Naif bukan?
" Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya... "
Baqarah: 286
There's must be a strong reason kenapa Allah mengatur kehidupan ni dengan penuh permasalahan, terutama sekali pabila kita menjadi "insan terpilih" untuk mengadap permasalahan tersebut. Jika kita bagitahu orang biasa, pasti mereka kecewa dengan "ketanggungjawaban" kurniaan-Nya. Al-Maklum lah, kurniaan ni tak lah se gah kurniaan Sultan, tapi nilainya jauh lebih tinggi jika dibuat perbandingan.
Kau nak tahu! Ini lah kerja seorang daie...sedia untuk menyedari dan juga sedia untuk mencari solusi... Setiap keringat dipastikan hanya disebabkan susah payah dakwah. Hidup dipastikan tiada rungutan, tiada keluhan manja. Pabila menyelusuri kehidupan para daie yang terdahulu, pasti di dada timbul rasa keraguan, ketidakpastian dsb. Namun, di penghujung kehidupan mereka terbitnya cahaya kemenangan. Dan insyAllah cahaya kemenangan ini membekalkan momentum padu kepada para daie terkemudian dalam mengharungi anasir2 thaghut semasa.
Aku percaya bahawa tak semua masalah boleh ditangani dengan sendiri. Begitu juga junjungan besar kita, Rasulullah saw. Sebab tu pentingnya daie hidup berjemaah. Kita perlukan daie lain untuk bantu selesaikan masalah dakwah. Kita perlukan daie lain untuk memperlihatkan kepada kita masalah dakwah dari sudut yang berbeza. Dan kita juga perlukan daie lain untuk meluruskan kita jika kita mulai "bengkok".
" Katakanlah (Muhammad), inilah jalanku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan yakin... "
Yusuf: 108
Mesej ni ku tujukan khas buat:-
- diri agar tak teragak-agak meluruskan sahabat2 yang lain.
- sahabat2 agar tak segan silu berusaha meluruskan diriku
Sumber: Ilham daripada Allah
No comments:
Post a Comment