Jan 17, 2011

AKHLAK perlu diTONJOLkan!



Jika disoroti dengan teliti kehidupan masyarakat di sekeliling kita, adalah suatu perkara yang aneh bin pelik melihat kecacatan minda tahap kritikal berlaku di kalangan mereka. Apakan daya, mungkin akibat "kemajmukan" masyarakat yang melampau sehinggakan berlakunya asimilasi dari sudut minda dan persepsi. Hasilnya, minda masyarakat semakin berkecamuk laksana Gerakan Rawak Brown. Situasi ini bukanlah suatu yang baik kerana persepsi yang bakal terbentuk dalam "kepala otak" mereka akan cenderung ke arah -ve.

Sebagai contoh; orang yang pakai kopiah putih dilabel penyokong parti cahaya bulan, orang yang pakai kain pelikat senteng sket dianggap pernah keluar 3 hari, orang yang pakai kopiah tirus dikecam "syok sendiri" dsb. Yang lagi best nya persepsi berbaur -ve banyak dicalit terhadap mereka yang beriltizam dengan Islam. Sadis bukan!

Sebentar tadi baru ku faham hikmah di sebalik identiti. Berdasarkan pengamatan ku lihat sesetengah harakah Islam terburu-buru dalam "mengestablish" identiti mereka sehinggakan setiap dari mereka kepingin identiti fizikal tersendiri. Kopiah saja dah bermacam bentuk, baju saja dah bermacam fesyen, tasbih saja dah bermacam ntah pape ntah...dah macam merupai tangkal atau azimat. Fenomena ini diburukkan lagi dengan ahli2 dalam harakah itu sendiri dok rasa izzah terhadap identiti mereka. Izzah terhadap Islam kian malap!

Seorang syeikh menceritakan secara panjang lebar di mana tingginya kedudukan dakwah melalui akhlak di dalam dakwah Ikhwan Muslimin. Menariknya, jundi2 Ikhwan ditarbiyah agar masyarakat mengenali mereka melalui akhlak yang mantap, bukanlah atas uslub yang tidak meyakinkan. Masyarakat mengenali mereka kerana tertarik dengan akhlak, peribadi mereka. Sehinggakan masyarakat menawarkan diri untuk mengenali mereka dan sekali gus bertindak menjadi baik penyokong mahupun pendokong kepada harakah tersebut.


" Adapun hamba2 Tuhan Yang Maha Pengasih itu adalah orang2 yang berjalan di bumi dengan rendah hati dan apabila orang2 bodoh menyapa mereka (dengan kata2 yang menghina), mereka mengucapkan, Salama "

[Furqan: 63]


Dengan gaya pemikiran masyarakat kini yang kian bersifat prejudis terhadap Islam, adalah lebih cantik jika ditonjolkan Islam yang sebenar. Matlamat dakwah para daie harus jelas. Jadikanlah dirimu cerminan kepada Islam sepertimana Rasulullah mengislahkan para sahabat. 

Penuhilah dirimu dengan ilmu, hiasilah dirimu dengan iman, lengkapilah dirimu dengan amal dan tacapkanlah dalam niatmu " kerana ALLAH dan SYURGA ". Allahualam...



Sumber: Ceramah disampaikan oleh Syeikh Ikhwan



Jan 15, 2011

T.A.W.A.K.A.L



Ada kejadian menarik di suatu hari pada tahun 711M. Waktu itu, ada seorang lelaki yang sedang berdiri di bukit  karang di wilayah pantai Sepanyol. Tubuhnya perkasa, sosoknya teguh kukuh dan semangatnya membara menyala-nyala. Ia sedang memandang ke arah ombak yang bergolak dan kapal2 yang baru digunakannya menyeberang dari Afrika menuju ke Eropah. Sesaat ia mengumpulkan tenaga setelah perjalanan jauh dan menghela nafas panjang, dia punya strategi yang aneh dan gila. Setelah membulatkan tekad, dengan mantap ia berkata,

" Bakar semua kapal kita..!! " 

Semua askarnya terpana menatap panglimanya dan kehairanan tak percaya dengan perintah itu. Mereka kebingungan dan memberanikan diri untuk bertanya,

" Kenapa Kau melakukan ini wahai panglima? Lalu bagaimana kita akan kembali nanti?? " 

Panglima itu dengan lantang menjawab, sehingga jawabannya itu menjadi kalimah yang bersejarah.

" Kita datang ke sini bukan untuk kembali. Kita datang ke sini bukan untuk menjadi pecundang. Kita datang ke sini untuk dua pilihan, iaitu menakluk negeri ini dan kita menetap sini ATAU kita semua syahid di jalan-Nya! "

Masya-Allah, luar biasa! Kalimah itulah yang menyuntik semangat askar muslimin yang berbaris di pantai itu. Kalimah itulah yang membakar jiwa askar muslimin untuk berperang habis-habisan. Panglima tersebut merupakan seorang pahlawan Islam yang bersejarah, yang dikenali sebagai Thariq bin Ziyad.

Antara hikmah yang boleh digarap; kita harus menutup peluang untuk gagal. Dua pilihan yang diberikan Thariq adalah pilihan terbaik. Menang dan hidup mulia ATAU syahid mendapat syurga. Faidza 'azamta fa tawakal 'alallah ~ Setelah kamu membulatkan tekad, bertawakallah kepada Allah.

Kadang kala kita terlalu berasa khawatir dengan hal2 yang akan kita kerjakan. Sehingga fikiran itu menghalangi kita untuk berhasil. Perasaan khawatir menyebabkan kita tak melakukan apa pun, sehingga kita tak pernah belajar dari pengalaman. Akibatnya, kita kurang mendapat pengetahuan. Dan tanpa adanya pengetahuan membuat kita semakin khawatir akan apa yang terjadi. Begitu seterusnya.

Perasaan itu harus kita hilangkan. Setelah kita rencanakan dengan matang, kita harus yakin untuk melaksanakan apa telah direncanakan. Kalau kita tak yakin, bagaimana mungkin usaha yang kita lakukan akan maksimal. Dan kalau usaha kurang maksimal, hasilnya confirm tak optimal!

Maka, keyakinan itu harus ditanamkan dalam diri kita. Dalam jiwa2 setiap manusia, sehingga keraguan itu akan hilang dengan keyakinan kita. Dengan begitu, usaha yang dilakukan pun akan maksimal. Hasilnya confirm optimal!

Masa lalu adalah sejarah yang harus diambil pengajaran. Masa depan belum kita ketahui maka harus dipersiapkan, direncanakan. Doa jangan dilupakan. Hari ini milik kita yang harus kita jalani dengan penuh motivasi kebaikan.

Setelah membulatkan tekad, bertawakallah kepada Allah. Setelah merencanakan dengan mengambil kira pelbagai pertimbangan, bulatkan tekad, kerjakan dengan penuh kesungguhan kemudian serahkan hasilnya kepada Allah. Yakinlah bahawa Allah bersama orang2 beriman. Jangan bersedih, SUNGGUH Allah berada di sisi. InsyAllah~



Sumber: Buletin NAH! oleh akhi Arif



Jan 10, 2011

Merdeka DARIPADA Dunia



Amanah itu datang... Surat wasiat dari Sulaiman bin Abdul Malik (khalifah saat itu) menetapkan beliau merupakan khalifah berikutnya. Dan sejak itu, berlaku lah perubahan besar dalam hidupnya.

Sebelum era khalifahnya, sungguh mewah pabila berpakaian. Sehingga ketika memegang sutera berharga 800 dirham, terpacul kata, "Oh, kasarnya!". Setelah menjadi khalifah, diberikan padanya sutera yang berharga 8 dirham, terpacul pula kata, "Oh, alangkah halusnya!". Si pembawa sutera pun tertawa, Apa tidaknya, dia sendiri yang membawakan sutera 800 dirham kepada beliau sebelum ini. Aneh bukan?

Pada suatu hari, Maslamah bin Abdul Malik melawat beliau yang sedang sakit. Dilihat pakaian adik iparnya itu terlalu kotor dan lusuh. Dengan perasaan hiba, Maslamah bertanya kepada adiknya, Fathimah binti Abdul Malik, "Kenapa kau tak basuh bajunya?". Wanita solihah tu menjawab, "Demi Allah! Beliau takde lagi baju selain yang dipakainya. Jika aku mencucinya, beliau tidak berbaju nanti..."

Ketika datang orang untuk menemuinya, beliau pun bertanya, "Untuk keperluan apa engkau menemuiku?". Di saat itu, orang itu datang atas urusan peribadi, beliau pun mematikan pelita pejabatnya. "Kenapa anda mematikan pelitanya wahai Amirul Mukminin?" Beliau tegas menjawab, "Ini milik umat. Engkau menemuiku atas urusan peribadi. Maka aku tidak berhak memakai fasiliti ini".

Beginilah Khalifah Umar bin Abdul Aziz mengejar cita2 syurga. Beliau merdeka daripada kekuasaan, meskipun kekuasaan berada dalam genggamannya. Beliau merdeka daripada tarikan dunia, meskipun dunia mengerling genit padanya. Beliau 'perbudakkan' dunia, demi mendambakan syurga Allah. Beruntunglah beliau...beruntunglah beliau kerana telah merdeka daripada dunia!


Sumber: Buletin NAH! oleh akhi Fatan



Jan 3, 2011

Perbezaan...Sila Buka Minda!




Perbezaan pendapat
Perbezaan fahaman
Perbezaan gender
Perbezaan latar belakang 
Perbezaan pendidikan
Perbezaan kelebihan
Perbezaan .........




" Milik-Nya lah segala apa yang ada di langit dan segala apa yang ada di bumi, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui "

surah: 3


Allah Maha Mengetahui, Maha Berkuasa 
Alam dan kehidupan manusia diatur begitu cantik sekali
Perencanaan Allah tiada batasan, seiring dengan zat-Nya
Setiap perencanaan itu pasti tersirat hikmah tersembunyi


Daie a.k.a Peneroka Hikmah
Peneroka Hikmah tak mengeluh dengan perbezaan
Kerana perbezaan itu perencanaan Allah
Untuk kaum berfikir mengambil pengajaran


Hikmahnya?
Supaya kita saling mengenali antara satu sama lain
Supaya kita saling melengkapi antara satu sama lain
Supaya kita saling berkongsi idea/pengalaman antara satu sama lain
Supaya kita dapat meneroka hikmah Allah dari pelbagai sudut


Oleh itu,
Kenapa perlu mempersoalkan perbezaan?
Kenapa perlu mempersoalkan perencanaan Allah?
Kenapa perlu mempersoalkan zat Allah dalam mengatur kehidupan kita?
Sejauh mana keimanan kita kepada Allah?


Kalau rukun iman yang pertama kita masih GAGAL
Bagaimana agaknya nasib mad'u kita?
Adakah mereka mendapat tarbiyah dengan baik?
Adakah mereka terkesan dengan tarbiyah kita?


Fikirkan lah...



Sumber: Ilham daripada Allah










Ayuh Sahabat, Luruskan Daku!


Si X selalu merungut meeting lama sangat.
Si Y selalu tak puas hati dengan keputusan syura.

Si Z dah lama tahu "permasalahan" sahabatnya X dan Y, bahkan ia dibiarkan berlarutan begitu sahaja tanpa diberi sebarang rawatan khusus. Dan itu lah "permasalahan besar" Si Z...hanya sekadar menyedari, tak memikirkan solusi. Naif bukan?


" Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya... "

Baqarah: 286


There's must be a strong reason kenapa Allah mengatur kehidupan ni dengan penuh permasalahan, terutama sekali pabila kita menjadi "insan terpilih" untuk mengadap permasalahan tersebut. Jika kita bagitahu orang biasa, pasti mereka kecewa dengan "ketanggungjawaban" kurniaan-Nya. Al-Maklum lah, kurniaan ni tak lah se gah kurniaan Sultan, tapi nilainya jauh lebih tinggi jika dibuat perbandingan.

Kau nak tahu! Ini lah kerja seorang daie...sedia untuk menyedari dan juga sedia untuk mencari solusi... Setiap keringat dipastikan hanya disebabkan susah payah dakwah. Hidup dipastikan tiada rungutan, tiada keluhan manja. Pabila menyelusuri kehidupan para daie yang terdahulu, pasti di dada timbul rasa keraguan, ketidakpastian dsb. Namun, di penghujung kehidupan mereka terbitnya cahaya kemenangan. Dan insyAllah cahaya kemenangan ini membekalkan momentum padu kepada para daie terkemudian dalam mengharungi anasir2 thaghut semasa.

Aku percaya bahawa tak semua masalah boleh ditangani dengan sendiri. Begitu juga junjungan besar kita, Rasulullah saw. Sebab tu pentingnya daie hidup berjemaah. Kita perlukan daie lain untuk bantu selesaikan masalah dakwah. Kita perlukan daie lain untuk memperlihatkan kepada kita masalah dakwah dari sudut yang berbeza. Dan kita juga perlukan daie lain untuk meluruskan kita jika kita mulai "bengkok". 


" Katakanlah (Muhammad), inilah jalanku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan yakin... "

Yusuf: 108


Mesej ni ku tujukan khas buat:-

  1. diri agar tak teragak-agak meluruskan sahabat2 yang lain.
  2. sahabat2 agar tak segan silu berusaha meluruskan diriku 



Sumber: Ilham daripada Allah