Jun 26, 2010

Buat Pimpinan dan Orang Bawahan...



“ Bagi pemimpin dalam dakwah Ikhwan mempunyai hak seperti bapa dalam ikatan hati, sebagai guru dalam faedah keilmuan, sebagai seorang syeikh dalam pendidikan kerohanian, seorang ketua dalam memutuskan siasah umum bagi dakwah. Malahan dakwah kita menghimpunkan seluruh pengertian ini. ”


Petikan di atas adalah kata-kata yang terpacul keluar dari bibir Imam Syahid pabila membincangkan mengenai kedudukan pemimpin dalam jemaah. Suatu pandangan yang menyeluruh, mencakupi aspek-aspek besar dalam kehidupan kita. Sesungguhnya pemimpin ibarat lambang jemaah yang membawa panji Islam ke seluruh pelusuk dunia.

Justeru, Islam menganjurkan umatnya untuk menimbulkan perasaan kasih sayang dan hormat-menghormati terhadap kepimpinan jemaah yang sedia ada mahupun yang akan datang. Mustafa Masyhur menyatakan perasaan ini harus wujud dalam arah dua hala, agar ianya jauh dari semangat menguasai atau lemah pabila berhadapan dengan orang-orang bawahan. Orang-orang bawahan pula hendaklah melihat hubungan perasaan ini merupakan suatu ibadah kepada Allah dan mendekatkan diri kepada-Nya sesuai dengan sabda Rasulullah,


“ Sesiapa mentaati aku maka dia mentaati Allah dan barangsiapa yang menderhakai padaku maka dia telah menderhakai Allah; sesiapa yang mentaati ketua maka dia telah mentaati aku dan sesiapa yang menderhakai ketua maka dia telah menderhakai aku ”

[Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim]


Peringatan! Hubungan harmoni ini tidak sepatutnya hambar@keruh atas sebab gap yang sedia ada. Jurang ini hanyalah sebagai tanda penghormatan dan penghargaan oleh orang-orang bawahan terhadap sang pemimpin.



Sumber : Jalan Dakwah; Antara Qiyadah dan Jundiyah, Mustafa Masyhur





Jun 21, 2010

Tarbiyah Dzatiyah




Tarbiyah Dzatiyah adalah pembinaan kendiri dalam membentuk peribadi muslim dalam segenap aspek ke tahap optimal. Dengan kata lain, sejauh mana kita mentarbiyahkan tarbiyah yang sedia ada dalam diri. Mengoptimumkan tarbiyah kendiri adalah sangat penting demi menyokong aktiviti dakwah. Justeru, adalah penting bagi individu muslim itu sendiri mengerahkan segala kudrat memaksimakan tarbiyah dzatiyah. Jika bukan kita, siapa lagi!


Allah berfirman,

“ Dan setiap mereka datang kepada Allah pada hari kiamat dengan sendiri-sendiri ”

[Al-Isra’:13-14]


Rasulullah juga bersabda,

“ Setiap orang dari kalian pasti diajak bicara Tuhan-Nya, tanpa penterjemah antara dirinya dengan-Nya ”

[muttafaq alaih]


Tarbiyah dzatiyah mampu menyalurkan momentum pada diri individu muslim itu sendiri jika ingin melakukan perubahan dalam diri. Mengapa? Kerana tarbiyah dzatiyah akan mendorong seseorang untuk bermuhasabah. Umat kini lebih cenderung untuk melakukan perbandingan dengan menjadikan seseorang yang dilihat ikon sebagai titik rujukan. Ternyata ini suatu perbandingan yang tidak adil sama sekali, kerana setiap manusia dianugerahkan kelebihan tertentu. Mereka alpa bahawa timbangan Allah itu lebih adil@tepat di sisi manusia baik dia seorang muslim mahupun kafir!


Allah berfirman,

“ Wahai orang-orang beriman, bertaqwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat) ”

[Al –Hasyr:18]


Jika disingkapi kembali sirah, Rasulullah memposisikan orang yang benar-benar layak dan sesuai untuk menjalankan sesuatu tugas dakwah. Sebagai contoh, Rasulullah mengutus seorang pemuda, Musab bin Umayr ke Madinah. Diriwayatkan tiada sebuah rumah yang tidak diketuk dan tidak dilaungkan kalimah Laa ilaa ha illallah oleh Musab. Kita lihat bagaimana seorang pemuda yang berjiwa besar, menerima sentuhan tarbiyah direct daripada Rasulullah sendiri, menjalankan tugas dakwah dengan penuh kesungguhan di kala dia satu-satunya murobbi di sana.

Hakikatnya, Rasulullah menyedari potensi yang dimiliki pemuda ini sebelum itu lagi. Sebelum keislamannya, Musab hidup dalam kemewahan. Namun setelah menyatakan keislamannya, serta-merta Musab meninggalkan segala kemewahan yang pernah dikecapinya lantas menyahut seruan Allah.

Peringatan! Orang yang mampu melakukan perubahan besar dalam diri mampu menggalas tugas yang besar. Bersediakah kita menggalas tugas yang besar? Fikirkan...



Sumber : Tarbiyah Dzatiyah, Abdullah Bin Abdul Aziz Al-Aidan



Jun 15, 2010

Ku Hulur Duniamu, Kau Gandakan Akhirat Ku...


Pada suatu hari, Shah melangkah gagah menuju ke bilik Razi, mad’u yang dikenalinya sejak semester lepas. Teringat kembali ketika di awal perkenalan, Razi ketika itu dirundung masalah akademik. Pointer jatuh teruk pada semester itu. Bermula di situ lah bibit-bibit ukhwah terjalin... Sambil mengorak langkah, fikirannya menerawang memikirkan kerenah Razi akhir-akhir ini. Penuh dengan kontroversi lagaknya sejak penubuhan usrah yang formal beberapa minggu yang lalu,

Diimbas kembali peristiwa semalam, Shah benar-benar makan hati ditipu dek Razi secara terang-terangan. Dikatakan kurang sihat sebagai alasan untuk tidak hadir usrah. Realitinya, Shah terlihat kelibat Razi bersama kawan-kawannya yang lain di medan selera ketika dalam perjalanan menuju lokasi usrah. Keajaiban berlaku di sini! Apa tidaknya, bagaimana ukhwah yang terjalin itu dicemari dengan tipu daya yang bisa menggugat hati sang naqib?

Di sini kita perlu rewind kembali saat-saat ukhwah itu terjalin antara Shah dan Razi. InsyAllah perbincangan kita adalah sekitar persoalan di bawah;-


1. Apakah persepsi Razi terhadap Shah di awal perkenalan? Adakah dia melihat Shah sebagai seorang naqib @ sebagai seorang mentor akademiknya?

2. Adakah ikatan yang terjalin adalah atas dasar ukhwah islamiyah?


Jika Razi melihat Shah sebagai seorang naqib, that’s good. Jika tidak, Shah perlu banyakkan mendekati Razi secara personal. Muaiyasyah itu penting supaya kita lebih mengenali mad’u serta permasalahan yang mereka hadapi sekaligus mengubah persepsi mereka terhadap kita. Kebiasaannya, mad’u seperti Razi perlu diberi lebih perhatian, terutama dalam masalah yang dihadapinya. At least, naqib perlu menunjukkan usaha untuk menangani masalah mad’u mereka.

Akhir sekali, eratkanlah ikatan itu dengan ukhwah islamiyah. Babitkan mad’u kita dalam amal-amal islami. Tunjukkan kepada mereka betapa indahnya Islam dan tiupkan bibit-bibit izzah dalam hati mereka terhadap Islam. InsyAllah mereka inilah yang akan bersama-sama menggalas tugas murobbi seperti kita di masa hadapan.


“Apabila dicabut nyawa anak Adam, maka terputuslah segala amal perbuatannya melainkan 3 perkara; sadaqah jariah, ilmu yang bermanfaat dan doa anak yang soleh”


Marilah sama-sama kita memohon ampunan kepada Allah dan memohon agar usaha-usaha DF kita yang kecil ini membuahkan “saham” yang berpanjangan kepada kita di akhirat kelak. InsyAllah....






Jun 5, 2010

Anda bijak jadi pendokong dakwah!




Dali adalah seorang yang komited dengan kerjanya. Hampir lagi diiktiraf sebagai pekerja terbaik tahunan. Impiannya tinggi menjulang, nak jadi bos katanya. Pikirnya kalau jadi bos kerja relax, tiada tekanan dan gaji pun kaw-kaw. Ditacapkan dalam hati impiannya itu sehinggakan...alhamdulillah...tercapai jua. Bangga bukan kepalang mamat nih. Maka bermula lah kisah...tadi mukadimah je.


“ Dan kita hanya merancang, dan Allah juga merancang. Sesungguhnya Allah sebaik-baik perancang ”

[3:54]


Bahawasanya fikiran Dali ternyata meleset. Walau hidup tampak mewah, namun masalah dunia kekal dan bertambah selirat dalam kepala otaknya. Aneh sekali, tapi itu lah realitinya. Situasi ini juga berlaku dalam kehidupan hariannya. Kelihatan serba-serbi tak cukup, hutang juga keliling pinggang. Duit keluar masuk lebih kurang je.


---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Dalam sebuah kisah yang lain, Jali seorang aktivis dakwah yang komited. Hidup serba-serbi kekurangan tapi penuh dengan ketenangan. Tengok muka je asik-asik ceria, tanda kebahagiaan yang dikecapinya. Agak-agak miskin, ada je sahabat yang hulur. Sahabat-sahabatnya pun macam tahu-tahu je, mungkin hasil ikatan islamiyah yang begitu padu, masing-masing memahami.


“ Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu ”

[47:7]


“ Barangsiapa yang mengejar dunia, maka dia akan tunduk pada dunia. Barangsiapa yang mengejar akhirat, maka dunia dan akhirat kedua-duanya akan tunduk kepadanya ”


Tahniah buat anda, pendokong dakwah! Tahniah kerana sudi mengisi kepala otak anda dengan segala macam masalah dakwah. Mungkin ada beberapa perkara yang menyakitkan hati, namun percayalah segala-galanya demi membumikan Islam yang tercinta. Tak semua orang impikan jawatan ini. Tapi lihat lah, Allah menaikkan darjat kita sebaris dengan pendokong dakwah terdahulu, suatu pengiktirafan yang sangat-sangat besar.


“ Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka... ”

[9:111]


Jika ada individu di luar sana tak mampu mengimani janji Allah seperti yang tertera di atas .... errr .... cuba lah sedaya upaya mengimaninya, selagi hayat masih ada...