Mar 13, 2012

JOM JADI MAKHLUK BEKERJA



Moga Allah merahmati, melimpahkan kasih sayangNya malah tak putus2 mengganjari antum "saham" yang berpanjangan di akhirat kelak. Moga kita thabat dalam jalan dakwah ini kerana inilah satu2nya jalan yang membuahkan seribu satu macam nikmat, kurniaan sang Pencipta. Jika sempat, bayangkanlah wajah2 sesama kita dalam doa...mudah2an Allah membayangi wajah kita di saat limpahan kejayaan dakwah itu sendiri mencurah2.


Ikhwah yang ana kasihi sekalian,

Kerja kita masih banyak lagi! Masih banyak lagi! Masih banyak lagi!!! Tak tahu macam nak diungkapkan, memadai ulangan itu mencerminkan betapa tinggi kerisauan ana terhadap "slack"nya gerak kerja dakwah kita. Ana mohon kita sama2 

  1. beristighfar
  2. muhasabah fardi
  3. menginsafi kelemahan diri
  4. memperbaiki amal 


Jangan sesekali beralasan bahawa

  1. dakwah ini tak berkembang atas asbab kedangkalan kita dalam fiqh dakwah
  2. takwin kita tak menjadi atas asbab lemahnya kita dalam menguasai fikrah Islami
  3. gerak kerja kita slow atas asbab "keblurrran" kita terhadap perkara yang telah disyurakan


Seorang daie takkan blame kedangkalannya @ kelemahannya @ keblurrrannya di jalan dakwah, kerana Allah mendesign diri daie itu ibarat seorang engineer yang sentiasa being kreatif mencari solusi. Allah dah turunkan segala macam wahyu untuk kita, sejauh mana kita manfaatkannya? Segala2nya terletak pada kita. Kalau kita tahu diri ini bodoh, jangan sesekali

  1. pretend kita faham segala2nya bila mendengar
  2. bajet tahu semua bila bercakap
  3. pura2 take note dengan saje2 "buat" catatan ringkas ketika meeting





وَمَا أَرْسَلْنَاكَ إِلَّا رَحْمَةً لِّلْعَالَمِينَ
“ Dan tidaklah kami utuskan Engkau (Muhammad) melainkan sebagai rahmat ke seluruh alam”

(Al-Anbiya : 107)


اللّهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلاَ يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْرَ 
“Allah menghendaki kesenangan kepada kamu dan tidak mengingini kesusahan menimpa kamu”

(Al-Baqarah : 185)


عَلَيْكُمْ فِي الدِّينِ مِنْ حَرَجٍ مِّلَّةَ هُوَ اجْتَبَاكُمْ وَمَا جَعَلَ
“ Dan tidaklah kami menjadikan deen ini kepada kamu sebagai sesuatu yang menyusahkan”

(Al-hajj : 78)





وَمَن يُسْلِمْ وَجْهَهُ إِلَى اللَّهِ وَهُوَ مُحْسِنٌ فَقَدِ اسْتَمْسَكَ

بِالْعُرْوَةِ الْوُثْقَى وَإِلَى اللَّهِ عَاقِبَةُ الْأُمُورِ
“Dan sesiapa yang berserah diri kepada Allah (dengan ikhlas) sedang ia berusaha mengerjakan kebaikan, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali agama) yang teguh; dan kepada Allah jualah kesudahan segala urusan.”

(Surah Luqman : 22)



Moga kita termasuk golongan makhluk yang bekerja!



(p/s: asif atas kekasaran bahasa, memang sengaja didesign untuk terasa, betapa pahitnya berjuang di jalanNya, agar layak melangkah ke syurga.....)




Feb 26, 2012

SUDAHKAH ANDA BERIMAN?



As usual, malam bertaut kembali. Tapi malam ni kompem berbeza berbanding malam2 yang lepas. At least, malam ni aku bermujahadah kaw2 hanya sekadar nak issue 1post dalam blog. Dah banyak sangat sarang serangga kat blog ni, risau lak aku kalau jiran perasan..hehe~


(....istighfar....)

Kali ni aku benar2 teruji. Bukan mudah nak jadi seorang mukmin yang benar. Bukan mudah juga nak jadi seorang daie yang tulen. Apatah lagi mengidam nak jadi murabbi yang mukhlis. Pernah terfikir untuk beruzlah seketika daripada dunia dakwah, meneliti sebentar, melihat kembali langkah2 dakwah ku yang masih belum matang. Sesungguhnya proses muhasabah tu adalah satu keperluan, bertindak balas setelah bermuhasabah adalah satu kewajiban. Hanya tindak balas a.k.a amal yang mampu membuahkan kejayaan.


Faktor Kejayaan

Masakan datang kejayaan ad-dakwah itu sendiri tanpa lahir amal2 daripada jari-jemari yang utuh memegang quran saban waktu. Tidak cukup dengan hanya menjinjing quran ke sana ke mari. Tidak juga cukup dengan hanya membaca dengan penuh syahdu di kala waktu senggang. Di situ perlunya kepada penghayatan dan penjiwaan yang berterusan. Kenapa? Sebab dengan penghayatan dan penjiwaan itulah yang memacu momentum amal kita. Dan pastinya di jalan dakwah ini sangat2 menuntut amal yang berterusan. Hanya input  yang mencukupi mampu melahirkan output yang muntij. Di saat itu, barulah Allah melimpahkan rahmat dan kasih sayangNya dengan membuahkan kejayaan kepada kita.


Do you know?

Jalan dakwah ni bukan macam lebuhraya PLUS. Jalan rata bertar siap ada penghadang kiri kanan jalan. Compared to jalan dakwah, jalannya pun ada tar jugak tapi tak disteamroll langsung. Atas tar tu pulak ada banyak sangat disturbances hingga menuntut para mukhlisin untuk beramal dengan amal yang paling kecil seperti mafhum hadis,


"Iman itu terbahagi kepada lebih 60 bahagian, yang paling tinggi adalah mengucap syahadah dan yang paling rendah adalah membuang benda2 yang boleh menyakitkan orang di jalan"
 
(HR Muslim)



(dah macam2 jenis penghadang jalan sekarang ni tapi tak secure gak..hehe)



Moga Allah mengampuni dosa ku, melunturkan sisa2 jahiliah ku...

kerana...

jalan dakwah ini hanya perlukan...

orang beriman sahaja!!! 



Feb 10, 2012

ISLAM AKAN KEMBALI.... BEGITU JUGA AKU!!!



Dah lama aku tinggal dunia penulisan, tak sangka kondisi dah macam rumah sendiri. Habuk sana sini...adehhh~ Ada perasaan malas di situ. Tunggu tetamu tekan loceng, baru ngada2 nak kemas (campak barang dalam bilik, then seal pintu sebaik mungkin). Pastinya masa tu tetiba rasa "keEMASan" tempoh seminit yang diberikan. Hebat tol kurniaan Allah... 




Teringat masa mula2 blog ni dirasmikan, mujahadah masa tu memang kaw2. Seboleh2 cuba kuarkan at least seminggu 1artikel. Siap dah jadikan azam baru masa tahun tuh. Ternyata keazaman ku meleset, ni mesti kes mujahadah yang tak bape nak istiqamah. Syeikh muntalaq ada kata +/- cemni, " futur selepas mujahadah adalah disebabkan permulaan yang salah " (ada ikwah gagah gler tulis kt w/board)




Ni kene cek balik permulaan aku, ne tau aku tercicir somethin. Opss, baru terperasan!   


N.I.A.T  


Ni padahnya kalo main selit2 dalam poket. Kalo tak sebab poket bocor, ni mesti kes poket kecik sangat... sampai tak muat nak isi 4huruf tuh. Takpe2, iAllah pasni semat dalam hati terus. Mudah sket~  




" Amalan yang disukai oleh Allah ialah amalan yang tetap (istiqamah), sekalipun amalan itu sedikit"

(Riwayat Bukhari dan Muslim)




Maybe aku perlu mula tulis sket2 lu. Isinya iAllah akan dipadatkan dari semasa ke semasa. 


Moga dipermudahkan.




(pasni nak tulis ape ek?)