Sep 20, 2012

JOM! RAIKAN FITRAH KITA



Kadang kala kita merasakan bahawa dunia tak berlaku adil kepada kita; gagal mengecapi perkara atau hal2 minor hinggalah ke tahap major. Jangan kata sebesar-besar impian, kadang kala hajat yang berskala rendah pun tak dapat diraih dengan baik. Impaknya, datanglah perasaan cemburu mahupun kurang senang terhadap insan yang dilihat "bernasib baik" atas pencapaian mereka.


"...dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui, sedang kamu tidak mengetahuinya."
[Baqarah: 216]


Itulah manusia!

Sering terpengaruh dengan "kelemahan" kejadiannya. Segala-galanya berdasarkan pengamatan kerdil masing2 tanpa mendahulukan pengamatan Allah. Masing2 tanpa segan silu berbangga dengan kaca mata masing2 tanpa menyedari bahawa di sana terdapat kaca mata yang lebih valid penilaiannya berbanding mereka.


"Sesungguhnya manusia itu dijadikan bertabiat resah gelisah. Apabila ia ditimpa kesusahan, dia sangat resah gelisah. Dan apabila ia beroleh kesenangan, ia sangat bakhil kedekut"
[Ma'arij: 19-21]


Hanya kefahaman dan imanlah PERAWATnya, membawa kita kembali kepada fitrah yang asal. Menyedarkan kita akan hakikat manusia. Ufuk pemikiran, kecenderungan hati dan lenturan anggota badan seharusnya ditalakan dengan baik semata-mata keranan Allah. YA, itulah fitrah kita! Dan itulah satu-satunya option kehidupan yang ada! Selebihnya hanyalah semata-mata runtunan nafsu yang mula mengakar dalam jiwa. Bilamana jiwa itu busuk, maka busuklah amalnya. Yang kita dambakan adalah sebaliknya~


"Allah tidak sekali-kali menjadikan seseorang mempunyai dua hati dalam rongga dadanya"
[Ahzab: 4]


Maka,

Tiada lagi pilihan selain mendidik hati yang satu
Tiada lagi pilihan selain menolak jahiliyah
Tiada lagi pilihan selain berkehendakkan tarbiyah
Tiada lagi pilihan selain memenuhi tuntutan dakwah
Tiada lagi pilihan selain mendambakan syurga Allah
Tiada lagi pilihan selain masa depan untuk Islam

dan

Tiada lagi pilihan selain beramal daripada sekarang!



No comments: