Showing posts with label masa depan untuk ISLAM. Show all posts
Showing posts with label masa depan untuk ISLAM. Show all posts

Sep 20, 2012

JOM! RAIKAN FITRAH KITA



Kadang kala kita merasakan bahawa dunia tak berlaku adil kepada kita; gagal mengecapi perkara atau hal2 minor hinggalah ke tahap major. Jangan kata sebesar-besar impian, kadang kala hajat yang berskala rendah pun tak dapat diraih dengan baik. Impaknya, datanglah perasaan cemburu mahupun kurang senang terhadap insan yang dilihat "bernasib baik" atas pencapaian mereka.


"...dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui, sedang kamu tidak mengetahuinya."
[Baqarah: 216]


Itulah manusia!

Sering terpengaruh dengan "kelemahan" kejadiannya. Segala-galanya berdasarkan pengamatan kerdil masing2 tanpa mendahulukan pengamatan Allah. Masing2 tanpa segan silu berbangga dengan kaca mata masing2 tanpa menyedari bahawa di sana terdapat kaca mata yang lebih valid penilaiannya berbanding mereka.


"Sesungguhnya manusia itu dijadikan bertabiat resah gelisah. Apabila ia ditimpa kesusahan, dia sangat resah gelisah. Dan apabila ia beroleh kesenangan, ia sangat bakhil kedekut"
[Ma'arij: 19-21]


Hanya kefahaman dan imanlah PERAWATnya, membawa kita kembali kepada fitrah yang asal. Menyedarkan kita akan hakikat manusia. Ufuk pemikiran, kecenderungan hati dan lenturan anggota badan seharusnya ditalakan dengan baik semata-mata keranan Allah. YA, itulah fitrah kita! Dan itulah satu-satunya option kehidupan yang ada! Selebihnya hanyalah semata-mata runtunan nafsu yang mula mengakar dalam jiwa. Bilamana jiwa itu busuk, maka busuklah amalnya. Yang kita dambakan adalah sebaliknya~


"Allah tidak sekali-kali menjadikan seseorang mempunyai dua hati dalam rongga dadanya"
[Ahzab: 4]


Maka,

Tiada lagi pilihan selain mendidik hati yang satu
Tiada lagi pilihan selain menolak jahiliyah
Tiada lagi pilihan selain berkehendakkan tarbiyah
Tiada lagi pilihan selain memenuhi tuntutan dakwah
Tiada lagi pilihan selain mendambakan syurga Allah
Tiada lagi pilihan selain masa depan untuk Islam

dan

Tiada lagi pilihan selain beramal daripada sekarang!



Mar 13, 2012

JOM JADI MAKHLUK BEKERJA



Moga Allah merahmati, melimpahkan kasih sayangNya malah tak putus2 mengganjari antum "saham" yang berpanjangan di akhirat kelak. Moga kita thabat dalam jalan dakwah ini kerana inilah satu2nya jalan yang membuahkan seribu satu macam nikmat, kurniaan sang Pencipta. Jika sempat, bayangkanlah wajah2 sesama kita dalam doa...mudah2an Allah membayangi wajah kita di saat limpahan kejayaan dakwah itu sendiri mencurah2.


Ikhwah yang ana kasihi sekalian,

Kerja kita masih banyak lagi! Masih banyak lagi! Masih banyak lagi!!! Tak tahu macam nak diungkapkan, memadai ulangan itu mencerminkan betapa tinggi kerisauan ana terhadap "slack"nya gerak kerja dakwah kita. Ana mohon kita sama2 

  1. beristighfar
  2. muhasabah fardi
  3. menginsafi kelemahan diri
  4. memperbaiki amal 


Jangan sesekali beralasan bahawa

  1. dakwah ini tak berkembang atas asbab kedangkalan kita dalam fiqh dakwah
  2. takwin kita tak menjadi atas asbab lemahnya kita dalam menguasai fikrah Islami
  3. gerak kerja kita slow atas asbab "keblurrran" kita terhadap perkara yang telah disyurakan


Seorang daie takkan blame kedangkalannya @ kelemahannya @ keblurrrannya di jalan dakwah, kerana Allah mendesign diri daie itu ibarat seorang engineer yang sentiasa being kreatif mencari solusi. Allah dah turunkan segala macam wahyu untuk kita, sejauh mana kita manfaatkannya? Segala2nya terletak pada kita. Kalau kita tahu diri ini bodoh, jangan sesekali

  1. pretend kita faham segala2nya bila mendengar
  2. bajet tahu semua bila bercakap
  3. pura2 take note dengan saje2 "buat" catatan ringkas ketika meeting





وَمَا أَرْسَلْنَاكَ إِلَّا رَحْمَةً لِّلْعَالَمِينَ
“ Dan tidaklah kami utuskan Engkau (Muhammad) melainkan sebagai rahmat ke seluruh alam”

(Al-Anbiya : 107)


اللّهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلاَ يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْرَ 
“Allah menghendaki kesenangan kepada kamu dan tidak mengingini kesusahan menimpa kamu”

(Al-Baqarah : 185)


عَلَيْكُمْ فِي الدِّينِ مِنْ حَرَجٍ مِّلَّةَ هُوَ اجْتَبَاكُمْ وَمَا جَعَلَ
“ Dan tidaklah kami menjadikan deen ini kepada kamu sebagai sesuatu yang menyusahkan”

(Al-hajj : 78)





وَمَن يُسْلِمْ وَجْهَهُ إِلَى اللَّهِ وَهُوَ مُحْسِنٌ فَقَدِ اسْتَمْسَكَ

بِالْعُرْوَةِ الْوُثْقَى وَإِلَى اللَّهِ عَاقِبَةُ الْأُمُورِ
“Dan sesiapa yang berserah diri kepada Allah (dengan ikhlas) sedang ia berusaha mengerjakan kebaikan, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali agama) yang teguh; dan kepada Allah jualah kesudahan segala urusan.”

(Surah Luqman : 22)



Moga kita termasuk golongan makhluk yang bekerja!



(p/s: asif atas kekasaran bahasa, memang sengaja didesign untuk terasa, betapa pahitnya berjuang di jalanNya, agar layak melangkah ke syurga.....)




Feb 10, 2012

ISLAM AKAN KEMBALI.... BEGITU JUGA AKU!!!



Dah lama aku tinggal dunia penulisan, tak sangka kondisi dah macam rumah sendiri. Habuk sana sini...adehhh~ Ada perasaan malas di situ. Tunggu tetamu tekan loceng, baru ngada2 nak kemas (campak barang dalam bilik, then seal pintu sebaik mungkin). Pastinya masa tu tetiba rasa "keEMASan" tempoh seminit yang diberikan. Hebat tol kurniaan Allah... 




Teringat masa mula2 blog ni dirasmikan, mujahadah masa tu memang kaw2. Seboleh2 cuba kuarkan at least seminggu 1artikel. Siap dah jadikan azam baru masa tahun tuh. Ternyata keazaman ku meleset, ni mesti kes mujahadah yang tak bape nak istiqamah. Syeikh muntalaq ada kata +/- cemni, " futur selepas mujahadah adalah disebabkan permulaan yang salah " (ada ikwah gagah gler tulis kt w/board)




Ni kene cek balik permulaan aku, ne tau aku tercicir somethin. Opss, baru terperasan!   


N.I.A.T  


Ni padahnya kalo main selit2 dalam poket. Kalo tak sebab poket bocor, ni mesti kes poket kecik sangat... sampai tak muat nak isi 4huruf tuh. Takpe2, iAllah pasni semat dalam hati terus. Mudah sket~  




" Amalan yang disukai oleh Allah ialah amalan yang tetap (istiqamah), sekalipun amalan itu sedikit"

(Riwayat Bukhari dan Muslim)




Maybe aku perlu mula tulis sket2 lu. Isinya iAllah akan dipadatkan dari semasa ke semasa. 


Moga dipermudahkan.




(pasni nak tulis ape ek?)