Mar 16, 2011

OH MONYET! KAU LEBIH MULIA....



Setiap kali aku naik ibnu sina mesti nampak kau. Setahu aku ibnu sina ni bukan zoo atau rumah peliharaan. Malah kau makin rancak bergayut ke sana, bergayut ke mari...hidup macam takde hala tuju. Risau gak aku, kang tak pasal2 bergayut kat aku lak. Nak lari macam takde guna nya. Al-maklumlah, aku bukan seorang sprinter~

Actually dah lama aku usha kau. Tak tahu lak aku kalau kau pon ada usha aku balik. Dua-tiga kali pandang macam best gak kehidupan kau. Bila aku lihat korang sekelompok, di situ terbitnya erti kasih sayang, ukhuwah, amal jamaie, syura (mungkin) dsb. Malah korang nampak macam redha dengan ketentuan-Nya padahal tiap2 hari buat bende sama je, tak bosan ke??

Dalam bayangan ku (kalau la si bodoh Darwin hidup lagi), pasti monyet2 ni ketawa terbahak-bahak mengenangkan teori evolusi beliau. Monyet yang tak dikurniakan akal pun tahu di hujung hayatnya dia akan mati as a monyet, bukan sebagai seorang manusia...huhu~


"Kita merancang dan Allah juga merancang. Dan Allah lah sebaik-baik perancang"


Begitu lah sunnatullah, cantik sekali perencanaan Allah sehinggakan sistem alam yang dilihat sekarang memaparkan dengan jelas begitu indah "hasil kerja tangan" Yang Maha Kuasa. Jika diteliti dari sudut ekologi, maka terbitlah sejumlah rantaian makanan yang akhirnya sebahagian besar manfaat itu disumbang kepada manusia. Tapi apakan daya, manusia semakin jauh dengan agamanya. Bak kata seorang ulama, lembu pun kecewa sebab diri mereka terpaksa dikorbankan demi manusia yang tak cukup kenal Allah nih. Kalau la lembu ni pandai menadah tangan nak baca doa, dah lama mereka doakan agar daging mereka ni khusus untuk dijadikan santapan buat mereka yang benar2 mengintima' diri dengan dakwah-Nya sahaja.


"Dan sungguh, akan Kami isi neraka Jahanam banyak dari kalangan jin dan manusia. Mereka memiliki hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat2 Allah) dan mereka memiliki mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda2 kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengarkan (ayat2 Allah). Mereka seperti haiwan, bahkan lebih sesat lagi. Mereka itulah orang2 yang lengah"
 
[A'raf: 179]


So, bersediakah kita menjadi sebenar-benar manusia seperti yang telah Allah gariskan? Renung2kan lah...




Sumber: Monyet kat ibnu sina kot...huhu



No comments: