Mar 17, 2011

JANGAN LUPA QURAN!!!



Malam tadi susah tol nak tido. Masih tercari-cari posisi yang sesuai...masih tercari-cari...masih lagi...masih tak jumpa gak.

Di kala tu mula la dok pikir kembali ceramah brO CRS tadi, serba sedikit melekat gak dlm kaplotok nih. Antara yang terkesan giler; kita mudah untuk rekomen orang untuk g restoran best2..asam pedas best...laksa best..popia pun best...tapi kalo bab nak rekomen Islam kat orang jauuhhhhh skali. Seolah-olah kita sendiri bertindak sekular. Ya benar, sekular dengan Islam sendiri. Hampeh tol hambamu ni ya Allah!

Tanpa disedari, lamunanku terhenti~

Tetiba ada sorang pcik tegur aku dalam loghat pekat Kelantan, "tokleh tido k dik?". Aku ada sedikit blurr di situ, konfius nak jawap apa. Ikut benak hati, malas aku nak layan "orang asing" tengah2 malam ni. Namun, aku gagahi diri gak. Daie mane bole ada sifat sombong!

"Aah," jawabku tak ikhlas. "Amik kos pe?," tanya si pcik. "Amik fizik," jawabku ringkas. Jauh dari sudut hatiku, ku pikir pcik ni pon susah nak tido gak. Tengok raut wajah pon dah tahu. "Nak cari teman la tu", bisik hatiku.


--------------------------------------perbualan berlaku [malas nak tulis dialog]------------------------------


"Dik, pcik nak pesan satu. Jangan lupa quran!" tegas beliau (maaf, ttba dialog ni tak berbaur loghat kelantan lak...malas aku nak ngeja satu2). 

Sambungan ---> Aku dah mula rasa diriku sedang ditarbiyah, tak pasal2 citer pasal quran lak. Padahal pcik ni lulusan geomatik je. Tambahnya lagi, "Tak kisah la kita ni blaja pape k, blaja hebat2 tinggi mana pon kalo buang quran, pasti hidup ada kekurangan". Terkedu aku dengar, mentang2 aku tengah wat master sekarang. "Setiap hari tu baca la walaupun sket, baru hari kita tu rasa lengkap," ujar beliau lagi. "Boleh tahan gak pcik ni, kalo join tamhidi qawiy ok gak," lintas fikiranku.

Perbualan kami amek masa sejam lebey gak, suatu pencapaian yang membanggakan berbual dengan stranger malam2 gini. Hebat tol perencanaan Allah! Tak sangka lak aku malam2 buta ditarbiyah oleh stranger yang tak dikenali. Selepas beberapa hari berlalu, tetiba aku terlihat kelibat yang sama di ibnu sina. Rupa2nya pcik yg aku bual hari tu buat part time catering. Hebat sungguh orang tua nih. Memang nampak kesungguhannya membuat keje. Dalam hatiku berbisik, "Pasti pcik ni dah bese hidup susah".

Dalam hidup ni, kadang kala kita terlalu melihat profesion, pangkat atau gelaran yang ada pada seseorang. Masa tu baru kita nak thiqah orang tu, baru kita berminat nak dengar ape orang tu cakap. Kita lupa bahawa banyak perkara kita bole blaja daripada makhluk Allah yang lain. Kadang2 hikmah kehidupan ni orang yang tak lulus sekolah agama pon bole sampaikan. Sesungguhnya kehidupan setiap manusia tu padat dengan hikmah2 tersirat. Jangan kata manusia je, malah kehidupan haiwan pon kita juga bole beroleh pengajaran. Kalo kita tak cuba amek manfaat daripada kehidupan orang len, mampukah kita menjadi insan yg bermanfaat kepada orang len?? Fikirkan lah....Kalo tak fikir, tak setel la muwasofat tarbiyah antum..huhu~



Sumber: Pcik lulusan geomatik buat part time catering...hebat2    



No comments: