Aug 7, 2012

JOM! BERUBAH DAN MENGUBAH...



Permulaan perubahan itu dianggap jauh lebih sukar berbanding marhalah seterusnya. Segala-galanya tertakluk kepada keinginan yang tulen, yang termaktub di dalam hati, yang menjadikan perasaan membuak-buak keriangan dan akhirnya perasaan itu memacu anggota badan untuk melaksanakan perubahan. Sekiranya perubahan tidak berlaku dengan baik, boleh jadi terdapat kecacatan pada keinginan, hati mahupun momentum perasaan tersebut. Barangkali keinginan untuk berubah itu songsang paksinya. Barangkali juga hati itu penuh dengan kenistaan hasil amal mungkar nahi makruf yang dibuat. Tak kurang juga perasaan yang lesu menyumbang kepada kerencatan perubahan. Maksud hadis Nabi: 


“Tidaklah berkumpul dua hal itu terkumpul dalam hati seorang hamba di saat seperti ini, kecuali Allah memberikan karunia sebagaimana yang diharapkannya dan akan menyelamatkannya dari apa yang dia takuti.”
[HR Tirmidzi, Syaikh al-Albani mengatakan hadis ini hasan]


Jika diambil contoh realiti, hakikatnya:-

  1. bola yang datang berlawan arah memerlukan daya tendangan yang lebih kuat berbanding bola yang berkongsi hala tuju yang sama dengan arah tendangan bola.
  2. pinston enjin kereta memerlukan masa untuk "warm up" seketika pada waktu pagi supaya mode atau frekuensi daya tujahannya sesuai dengan gaya pemanduan pemandunya.
  3. seorang bayi akan mengalami kejatuhan yang berulang-ulang sehinggalah dia mampu jalan terkedek-kedek mengejar umminya.

Jika diteliti, setiap permulaan itu memerlukan ketahanan, pengorbanan, mujahadah, hamasah, keazaman dan lain2. Terima atau tidak, inilah hakikat kehidupan ini. Segala-galanya mendambakan usaha mutawassil kita. Cuma kadang kala kita tersungkur lebih awal dek kelemahan iman. Disebabkan kelemahan imanlah tetiba tak semena-mena wujudnya option yang kedua dalam kehidupan kita, iaitu jahiliah. 

Pastinya pilihan kedua ini totally bertentangan dengan fitrah mahupun kehendak ad-deen itu sendiri. Dahulu aku pernah terfikir bagaimana nilaian keadilan Allah itu dalam amal, bayangkan muslim yang berbuat kerosakan diganjarkan dosa sedangkan muslim yang berniatkan dengan amal kebaikan sahaja sudah dibalasi dengan pahala. 

Maha Suci Allah dalam merencanakan kehidupan hambaNya yang bercampur baur solehnya. Segala-galanya kembali kepada sunnatullah, segala-galanya kembali kepada fitrah kejadian manusia itu sendiri. Pastinya Allah inginkan kebaikan buat hambaNya dan Dia juga berkehendakan agar hambaNya turut berbuat kebaikan. Relevannya, seseorang itu tak terbukti bahawa dia prefer kebatilan selagi mana amalnya tiada berunsur jahiliah. Begitu juga seseorang itu tak digelar pencuri selagi mana di tangan mahupun dompetnya terkandung harta miliknya. 

Tetapi setelah seseorang itu menipu sahabatnya, maka dirinya layak diganjarkan dosa lantaran ketekadan hati dan anggota badannya memilih untuk berlawanan dengan fitrah manusia itu sendiri. Sebaliknya, hambaNya yang hanya meniatkan untuk menolong orang tua melintas jalan itupun sudah memadai untuk beroleh pahala lantaran meraikan fitrah perasaannya a.k.a setiap manusia akan berasa kasihan melihat orang tua terkial-kial melintas jalan.  

Alhamdulillah wa syukur lillah! Ramadhan kali ini mendidik aku akan pengertian Maha Sucinya Allah dan kesucian agama ini.

Ayuh ikhwah! JOM berubah dan mengubah....


    

Jun 4, 2012

MUHASABAH #1



Sebuah pengisian menarik daripada Dr MAZA berkenaan taubat dan doa. Sangat kritikal buat daie yang mendambakan rahmat dan kasih sayangNya di sepanjang jalan dakwah ni. Moga bermanfaat~







Jun 1, 2012

NIKMAT LANGKAH SUBUHKU...



Hina sungguh hati bila berat untuk melangkah. 

Melangkah setapak menongkah arus deras. 

Deras nafsu yang ingin memenangkan jahiliah diri. 

Diri seringkali dipanah dengan amukan "golongan berhaluan kiri" saban waktu. 

Waktu yang berputar tanpa menjanjikan perubahan. 

Perubahan mendasar yang bermula dengan hati. 

Hati yang tenat dengan iradah qawiyah.

Qawiyah takkan wujud tanpa iman yang tulen.

Tulen ibarat mawaddah Allah terhadap hambaNya.

HambaNya yang mengenal erti taat dan mengenang budi.

Budi dicurah terjemahan fikrah dan amal.

Amal dipacu sejajar al-fahmu.

Al-fahmu hasil perolehan istiqamah dalam tarbiah.

Tarbiah dicelup dengan manhaj rabbani.

Rabbani menyapa di kala Subuh.

Subuh yang menepati muqaddimah Abu Ammar.

Abu Ammar menegur diriku dalam Muntalaq.

Muntalaq itu yang mendidikku erti sebenar tarikan.

Tarikan al-haq yang memacu langkahku.

Langkahku bertemu dengan Rabb-ku dan...

Dan inilah nikmat langkah subuhku.




Wahai sahabatku!

Utuhkanlah langkah Subuhmu.

InsyAllah segenap harimu pasti cerah mewangi.

Itulah janji Rabb-ku dan janji Rabb-mu.

Allahualam.