Apr 11, 2012

JOM JADI MURABBI (PART 2)



Abid yang baik

Aku tersenyum tawar, masih dalam mode kagum. Bagaimana segerombolan 'si kecil' tu berjaya membawa cerminan sebenar kehidupan seorang mukmin, khususnya. Riak wajah mereka terpancar erti redha pada qadar tuhanNya. Biarpun kehidupan mereka tak 'semoden' kehidupan manusia, namun mereka pastikan sunnah Allah itu dipatuhi dan dituruti dengan baik sejajar dengan keimanan mereka. Malah, kehidupan mereka diserikan lagi dengan tasbih seperti maksud hadis riwayat oleh Abu Hurairah, 

" bahawa seekor semut pernah menggigit salah seorang nabi. Nabi tersebut lalu memerintahkan untuk mendatangi sarang semut dan membakarnya. Tetapi kemudian Allah menurunkan wahyu kepadanya: Apakah hanya kerana seekor semut menggigitmu lantas kamu membinasakan satu umat yang selalu bertasbih "
[Sahih Muslim] 


Persiapan


mereka tak perlu kepada meeting panjang lebar,
mereka tak perlu kepada persiapan yang betul2 rapi sebelum bertindak,
mereka tak perlu kepada perasaan berbelah bahagi untuk menggalas tugas,

dan lebih penting...

mereka tak perlu kepada belaian manja atau perlu digula-gulakan semata-mata pengorbanan mereka ditagih.


Mereka fahami tujuan hidup mereka. Mereka fahami tanggungjawab mereka. Mereka fahami tuntutan yang dikenakan ke atas mereka. Segala-galanya memadai dengan al-iman dan al-fahmu. Kedua-duanya adalah keperluan hakiki dalam gerak kerja sesebuah tanzim haraki. Bila mana kedua-duanya dianggap persiapan kritikal, 


masing2 akan lebih efisien dalam gerak kerja,
masing2 akan lebih siap siaga untuk beramal,
masing2 tak teragak-agak malah sentiasa memelihara hamasah untuk bekerja,

dan lebih penting...

masing2 sudi korbankan jiwa dan harta semata-mata lillahi taala 

dan jauh lebih penting lagi...

jemaah tak perlu membazir duit semata-mata nak beli gula-gula untuk kita...haha~

    


Macam banyak bende lagi nak share. InsyAllah ada (part 3) pasni....


No comments: