Apr 11, 2012

JOM JADI MURABBI (PART 2)



Abid yang baik

Aku tersenyum tawar, masih dalam mode kagum. Bagaimana segerombolan 'si kecil' tu berjaya membawa cerminan sebenar kehidupan seorang mukmin, khususnya. Riak wajah mereka terpancar erti redha pada qadar tuhanNya. Biarpun kehidupan mereka tak 'semoden' kehidupan manusia, namun mereka pastikan sunnah Allah itu dipatuhi dan dituruti dengan baik sejajar dengan keimanan mereka. Malah, kehidupan mereka diserikan lagi dengan tasbih seperti maksud hadis riwayat oleh Abu Hurairah, 

" bahawa seekor semut pernah menggigit salah seorang nabi. Nabi tersebut lalu memerintahkan untuk mendatangi sarang semut dan membakarnya. Tetapi kemudian Allah menurunkan wahyu kepadanya: Apakah hanya kerana seekor semut menggigitmu lantas kamu membinasakan satu umat yang selalu bertasbih "
[Sahih Muslim] 


Persiapan


mereka tak perlu kepada meeting panjang lebar,
mereka tak perlu kepada persiapan yang betul2 rapi sebelum bertindak,
mereka tak perlu kepada perasaan berbelah bahagi untuk menggalas tugas,

dan lebih penting...

mereka tak perlu kepada belaian manja atau perlu digula-gulakan semata-mata pengorbanan mereka ditagih.


Mereka fahami tujuan hidup mereka. Mereka fahami tanggungjawab mereka. Mereka fahami tuntutan yang dikenakan ke atas mereka. Segala-galanya memadai dengan al-iman dan al-fahmu. Kedua-duanya adalah keperluan hakiki dalam gerak kerja sesebuah tanzim haraki. Bila mana kedua-duanya dianggap persiapan kritikal, 


masing2 akan lebih efisien dalam gerak kerja,
masing2 akan lebih siap siaga untuk beramal,
masing2 tak teragak-agak malah sentiasa memelihara hamasah untuk bekerja,

dan lebih penting...

masing2 sudi korbankan jiwa dan harta semata-mata lillahi taala 

dan jauh lebih penting lagi...

jemaah tak perlu membazir duit semata-mata nak beli gula-gula untuk kita...haha~

    


Macam banyak bende lagi nak share. InsyAllah ada (part 3) pasni....


Apr 4, 2012

JOM JADI MURABBI (PART 1)



Aku membayangkan kek Secret Recipe di hadapan ku. Tengok topping die dah mengiurkan, tu belum lagi kalau setelah dipotong-potong pada skala tertentu. Bila dipotong je pasti terserlah kemontokan, keumphhhhan dan kesedapan yang ada pada setiap lapisan kek. First impression je dah memang kompem A+. Dalam benak hati dah mula terpacul, "ni mesti si pembuat kek memang pro n berpengalaman luas nih...". Paling tidak pun kita pasti merasakan, "ni mesti dah biasa buat, takpun dah memang 'ahli' dalam bidang nih. so no wonder la boleh buat kek sesedap ni...".



(nyum...nyum!!!)



Aku pun mula membayangkan lagi. Di kala tengah syok2 nak menatang kek tu ke sofa, tetiba kaki ku tersadung mainan adik kat atas lantai. Apalagi, habis la kek tu jatuh terburai di atas lantai. Splasshhhhing~

Akal ku mula mengimbau projection jatuhan kek tersebut. Jika disingkap kembali pasti menyayat hati. Masakan tidak, kek yang kelihatan walawehhh~ mula2 tadi tetiba terburai dengan enaknya di atas lantai. Macam tahu2 je taknak jadi rezeki aku petang ni.  



(isk..isk..sapo punye kaki la ni, tak same ngan kaki aku pon)



Seminit kemudian tanpa dipelawa, maka datang lah segerombolan askar semut siap ngan panglima perang mula mengerumuni kek tu. Makin lama makin ramai lak batalion yang dipanggil. Scene ni menyebabkan aku mula menyedari betapa mereka sudah mula menyarangi setiap pelusuk mahupun sudut2 sukar rumah ku. Hati ku masih termenung, gamam gamaknya!

Mata ku mula mengamati setiap satu pergerakan mereka (bukan syok sangat pun tengok semut, ala saje je melayan hati yang lara ni...). Ku lihat mereka takde la sentap kek tu terus. Kelihatan mereka terhegeh-hegeh melakukan sesuatu. YA!!! Mereka masih lagi terhegeh-hegeh melakukan sesuatu. 

Ku lihat suatu yang indah pada ciptaan Ilahi ni. Rupa-rupanya mereka struggle giler angkat setiap butiran kecil kek tu secara amal jami'e. Sebahagiannya ditugaskan untuk mengumpul, sebahagian lain dah boleh mula mengangkat ke tempat sasaran. Kelihatan mereka sangat2 berhati-hati dalam modus operandi kali ni, ibarat menjunjung tinggi arahan komander mereka yang entah bape banyak paku dah ada. Butiran kek tersebut dijunjung dengan baik sebagai tanda kesyukuran. Mereka akan pastikan bahawa tiada satu pun butiran kek yang tercicir di pertengahan jalan.  

Ku pasti hala tuju mereka. Sarang2 mereka tertunggu-tunggu untuk dipenuhi dengan limpahan rezeki. Zaujah mereka pasti awal2 lagi dah sediakan minuman petang tanda meraikan kepulangan kekanda mereka. Mereka tentu tahu zauj mereka berpenat lelah seharian mencari rezeki. Setiba di sarang, batalion2 semut tadi mula melonggok-longgokkan hasil 'tuaian' mereka. Kelihatan suasana hingar bingar, apatah lagi masing2 tertunggu-tunggu untuk dibahagikan mengikut ketetapan IlahNya. Setiap mereka mendapat hak masing2, tiada yang terkecuali. 


Masing2 mula merasai kelazatan kek tersebut
Masing2 mula menghayati kemanisan kek tersebut
Masing2 mula berkongsi nikmat kesedapan kek tersebut
Masing2 mula bertukar pendapat dalam menilai ke'best'an kek tersebut      



Maka bersambung....