May 6, 2011

At-Tarbiyah Al-Bowlingiyah



Bismillah...


Selalu kita dengar murabbi merungut; mutarabbi ponteng usrah, lupe asigmen usrah, amal fardi out dsb! Sering juga dengar keluh kesah si mutarabbi; murabbi strict sangat, tak pandai bagi pengisian, tak pandai bual dsb...Aneh bukan? Kedua-dua pihak seolah-olah mengumpat sesama sendiri tanpa menilai "kekurangan" yang pada diri. Adalah dimaafkan jika si mutarabbi berakhlak demikian berbekalkan dengan al-fahmu yang cetek. So bagaimana pula dengan si murabbi? Adakah relevan mereka berakhlak dengan akhlak yang sama sedangkan al-fahmu mereka taklah sedangkal mutarabbi mereka? Di sini kita cuba bermuhasabah diri di mana silapnya. Mungkin perbincangan tidaklah mencakupi skop yang luas, memadai disentuh beberapa perkara penting agar diri2 yang bergelar murabbi senantiasa bersedia dalam berhadapan dengan kerenah mutarabbi masing2.

Anda pernah main bowling?

Jika pernah alhamdulillah, senang sikit keje penulis nak bercerita nanti. Jika tak pernah pun alhamdulillah, at least bila baca artikel ini pasti anda dah tahu macam mana main.....

Pabila penulis main bowling baru2 ni, tetiba Allah mentarbiyah diri penulis dalam bentuk seni yang halus...sangat2 halus. Masakan tidaknya, permainan bowling ini bukan sahaja memerlukan kekuatan pada tangan malah penghalaan balingan bola juga haruslah tepat. Sekiranya kedua-dua elemen ini dipandang ringan pasti bola yang dihayun tidak mampu menjatuhkan pin2 yang tersusun rapi di hujung lane. Kalau kena pun mungkin jatuh satu dua...yang paling tak best dapat "split", kompem susah nak dapat "spare" pastu.

Begitu juga dalam dakwah, khususnya dalam mentarbiyah adik2. Dakwah kita adalah dakwah berseni. Allah berfirman,


" Sesungguhnya dengan rahmat daripada Allah, engkau (Muhammad) bersikap lemah lembut kepada mereka (orang yang beriman yang melakukan kesalahan), kerana sekiranya engkau bersikap kasar lagi keras hati tentu sekali mereka menjauhkan diri daripada sekeliling engkau. Maafkanlah mereka dan mintalah keampunan untuk mereka serta ajaklah mereka bermusyawarah dala urusan (kehidupan) itu. apabila hati kamu telah nekad, maka bertawakallah kamu kepada Allah (kerana) sesungguhnya Allah menyukai orang yang bertawakal "

[3:159]


Jika kita diteliti pada dalil di atas, pasti kita menemui jalan penyelesaiannya. Dakwah ini tak cukup hanya berbekalkan ilmu yang menimbun dalam dada. Dakwah ini tak memadai dengan kefahaman yang menjulang ke langit. Malah dakwah ini juga takkan efektif dengan pembajaan fikrah secara membabi buta tanpa menilai kemampuan mutarabbi "mengabsorb" fikrah tersebut. Dakwah ini memerlukan kepada murabbi untuk menguasai skil2 atau kemahiran2 tertentu. Dalam dalil tersebut, Allah menyuruh Rasulullah berlemah lembut, memaafkan malah memohon ampunan kepada Allah untuk mereka, ajak mereka bersyura dengan cara baik seterusnya bertawakal kepada Allah. Kenapa??? Kerana hati mutarabbi kita adalah milik Allah. Kita mendoakan mereka agar Allah menitipkan dalam hati mereka hidayah, inayah dan ...yah2 yang lain. Sesungguhnya, dakwah ini takkan berjaya tanpa ehsan Allah. Dakwah ini takkan berkembang tanpa pertolongan Allah. Dakwah ini takkan memacu tanpa redha Allah. Justeru, murabbi wajib concern dalam menjaga hubungan dengan Allah.

Kesimpulannya, anggaplah kerenah2 mutarabbi kita sebagai ujian dalam mentarbiyah diri. Boleh jadi murabbi kurang "keep in touch" dengan Allah. So pe lagi? Perbaikilah dirimu, wahai MURABBI.... 



Sumber: Hari Keluarga KI 2011     





No comments: