May 25, 2010

Kerja Kilang ≠ Kerja Dakwah, sila ubah mindset




Jasni seorang graduan dalam bidang sains. Alhamdulillah, berkat kesabaran yang tak berbelah, akhirnya diganjarkan jawatan engineer di salah sebuah kilang elektronik “ berjaya ” di Johor. Gembira tak terhingga, apatah lagi ditawaran gaji yang agak lumayan.

Di permulaan kerja, Jasni didedahkan dengan hal-hal engineering. Al-maklum lah budak sains, kena tahu gak term-term engineering. Namun begitu, Jasni menunjukkan prestasi kaw2 sehingga diberi kepercayaan “ menjaga sistem ". Atas beban kerja yang agak terbeban, Jasni mula memecah kebuntuan dengan melakukan beberapa kesilapan. Apa lagi, kene la lecture dengan bos agak-agak 2 jam gitu. Namun, Jasni tetap tegar dan mampu memotivasi diri. Di benak akalnya sudah terbayang ancaman yang bakal mendatang;


1. kene lecture lagi ngan bos, mungkin tambah kepada 3 jam.
2. jadi bahan gurauan rakan sejawat di kilang.
3. kene sound ngan customer.
4. tak dapat bonus pada tahun berkenaan.
5. potong gaji.
6. diturunkan jawatan.
7. dibuang kerja.


Begitu juga dengan kita. Kita harus bersungguh-sungguh menjalankan gerak kerja dakwah. Adalah salah jika kita tidak berasa terancam jika bersambil lewa dalam berdakwah. Meletak harapan menggunung untuk melihat hasil dakwah adalah harapan yang sia-sia, sedangkan umur dakwah sangat-sangat panjang menjangkau usia hayat kita. Akhirnya, kita cenderung untuk berputus asa dan beralasan dakwah akan tersebar pabila tiba masanya dengan menggunakan dalil berikut;


“ Jika kamu tidak berangkat (untuk berperang), nescaya Allah akan menghukum kamu dengan azab yang pedih dan menggantikan kamu dengan kaum yang lain, dan kamu tidak akan merugikan-Nya sedikit pun. Dan Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu ”

[9:39]


Justeru, adalah menjadi satu kewajiban bagi kita untuk mengubah mindset, menganggap kerja dakwah seperti kerja kilang...penuh dengan ancaman..dugaan..cabaran...agar diri kita serius memikul beban dakwah. Jadi lah seperti Jasni, memikirkan 7 ancaman yang akan dihadapinya jika tidak memastikan setiap kerja yang dibuat dengan betul. Kembali lah kepada Quran, lihat sejauh mana kita mengimani setiap kata-kata Allah, seperti dalam firman-Nya;


“ Maka apakah sama orang yang Kami janjikan kepadanya suatu janji yang baik (syurga) lalu dia memperolehnya, dengan orang yang Kami berikan kepadanya kesenangan hidup dunia; kemudian pada hari Kiamat dia termasuk orang-orang yang diseret (ke dalam neraka) ? ”

[28:61]


Peringatan! Jika kita tidak mengimani ayat di atas, seolah-olah kita tidak yakin dengan janji Allah. Justeru, sejauh mana iman kita terhadap-Nya? Fikirkan...




Antara dalam dan luar kolam renang



Pada suatu hari, Fendi ngan family g picnic kat PD. Tinggal di sebuah apartment dilengkapi kolam renang (ini bermaksud kolam renang menjadi tarikan paling kuat, bukan air cond seperti sebelumnya). Pemandangan pantai juga agak indah tapi maaf, penulis malas upload gambar.

Aktiviti pada malam tu adalah mandi kolam renang, sebab masa tu tak ramai orang. Saat itu lah Fendi menunjuk belangnya, mempamerkan aksi yang tak pernah dilihat orang. Kuak katak, kuak badak sumbu dan bermacam kuak lagi...

Tetiba, Fendi terdengar suatu seruan. Dia percaya seruan itu datang daripada lembaga yang jalan menghampirinya. Rupa-rupanya pekerja bawahan resort tu, menyeru meninggalkan kolam renang dengan segera atas alasan mandi pada “ waktu terlarang ”. Terkocoh-kocoh la Fendi berusaha keluar dari kolam renang tu.

Berbekalkan sosok badan yang agak gempal, menjadi satu dugaan besar baginya untuk keluar dari kolam renang. Al-maklum la, perenang unggul takkan keluar kolam renang guna tangga. So berlaku la kecelaruan di situ. Akhirnya, Fendi berjaya juga. Sambil melangkah menuju ke apartment, otak Fendi ligat berfikir mengenai kejadian tadi.

Dari kaca mata fizik, salah satu daya yang dikenakan terhadap kita ketika berenang adalah daya apungan. Hipotesisnya, semakin dalam air kolam, semakin tinggi daya apungan yang dikenakan. Ini bermakna daya apungan menjadi sangat-sangat minimum saat kita di permukaan air. Ini lah menjadi faktor kenapa kita memerlukan daya yang lebih besar untuk menampung kita keluar dari kolam renang.

Dari kaca mata dakwah, situasi ini boleh dianalogikan jika kita ingin melakukan perubahan dalam diri. Tak kisah dari buruk ke baik @ baik ke lebih baik. Fokus di sini adalah mujahadah kerana dengan mujahadah tinggi lah yang membolehkan Fendi keluar dari kolam itu. Bayangkan berbekalkan tubuh badan yang gempal, Fendi perlu memerah seluruh keringat yang ada dan menyalurkannya sebaik mungkin pada kedua-dua tangannya untuk membolehkannya keluar dari kolam renang itu.

Begitu juga dengan diri kita. Setiap orang mempunyai jahiliyah masing-masing. Persoalannya bagaimana kita berusaha meninggalkan saki baki jahiliyah yang ada pada diri, terutamanya jahiliyah yang dah lama membenak dalam diri. Lebih kritikal jahiliyah yang kita senangi @ selesa dengannya. Oleh itu, kita memerlukan satu momentum yang padu jika benar-benar ingin melepaskan diri dari kecaman jahiliyah. Dan momentum padu ini perlu dibina dalam diri agar ia membentuk mujahadah yang sangat-sangat kuat.


“ Dan hendaklah kamu memohon ampunan kepada Tuhanmu dan bertaubat kepada-Nya, nescaya Dia akan memberi kenikmatan yang baik kepadamu sampai waktu yang telah ditentukan. Dan Dia akan memberikan kurnia-Nya kepada setiap orang yang berbuat baik. Dan jika kamu berpaling, maka sungguh, aku takut kamu akan ditimpa azab pada Hari yang Besar (Kiamat) ”

[11:3]


Peringatan! Ini juga adalah sebahagian jihad kita, jihad memboloskan diri dari agenda golongan kufar yang mampu menggugat iman. Bermujahadah lah dalam mengoptimumkan tarbiyah dzatiyah kita, agar diri senantiasa bersedia menangkis segala jahiliyah.