Aug 5, 2011

buku teks VS buku rujukan



Secara rambangnya, student la ni rata2nya prefer buku rujukan. Khabarnya lebih syumul, komprehensif, eksklusif dan macam2 lagi bentuk tokok tambah berlaku. So macam mana lak pandangan dorg ttg buku teks? Ujar mereka; kurang isi, buruk ilustrasinya dan macam2 umpatan berlaku. Mentang2 la buku teks free sekarang, manusia seolah-olah berasa jangkal nak ucapkan kata2 syukur...sujud syukur jauh sekali~

Pehal la tetiba penulis ajak bual pasal buku lak nih. Haaa...mst wonder wondering kan! 

Meh kita kembali kpd perbincangan asal. Buku rujukan menjadi bahan preferable di kalangan student atas dasar:-



  1. isinya padat.
  2. penerangannya jelas.
  3. byk contoh2 yg mudah difahami.
  4. malah, kadang2 disertakan xtra figure ie. "pocket notes", yg mudah dibawa ke mana2.


Berbekalkan "xtra value" yg sedia ada, buku rujukan lebih prefer:-


  1. dibeli di kedai buku (xkan stesen minyak kot!).
  2. ditelaah sampai pagi buta (kadang2 subuh pon missed).
  3. dilatih tubi dalam sesi tuisyen yang disertai (ni kalo kes mak bapak "ber-uang" la...).


Actually sama je ngan dusturuna kita, yakni kalam Allah                 ~Quran~

Jika dilihat dgn ketelitian yg penuh, pasti cerapan kita tak jauh lari drpd "xtra value" yg sedia ada pada sesebuah buku rujukan. Malah,


  1. pengisian yang dibawakan lebih syumul, merangkumi segala aspek kehidupan.
  2. keterangan, arahan, ancaman yang dibawakan lebih jelas sehinggakan memberi kesan kpd sanubari org beriman.  
  3. contoh2 yg dibawakan lebih mudah difahami dan bersifat real punya! (sama ada kisah silam atau akan berlaku)
  4. sekarang ni zaman dah moden, quran dah ada macam2 bentuk dan saiz (tinggal nak bawa ke mana2 je)


Firman Allah,

" Kitab (Al-Quran) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertaqwa "

[Baqarah: 2]


Kesimpulan: Kalau benar iktikad di hati bahawa Quran tu dusturuna kita, BUKTIKAN!!!



Sumber: Hasil interaksi dengan Quran