Nov 2, 2010

Being Practical Muslim



Beberapa minggu kebelakangan ni terasa diri diduga dengan begitu hebat sekali. Ditambah lagi dengan berat beban fizikal, dirasakan tak tertanggung lagi. Apakah penyakit yang diturunkan berupa kasing sayang-Nya terhadap penulis atau ianya hanyalah salah satu petanda murka-Nya terhadap penulis?! Wa iya zubillah.... 

Resah pabila difikirkan. Apatah lagi dugaan yang diturunkan menyusul2 seolah-olah tiada penghujungnya. Pabila pergerakan terbatas, ternyata ia memberi impak besar dalam kehidupan penulis. Jangankan pergi kuliah, nak singgah toilet rumah pun susah, bertatih macam baby 9 bulan. Kadang kala terasa diri macam OKU pulak, mengharapkan belas ehsan orang. Syukur penulis dikurniakan sahabat2 yang boleh menjadi tempat bergantung harap....syukur alhamdulillah~

Penulis tacapkan dalam hati, mungkin inilah masa terbaik untuk muhasabah diri......membenarkan kesalahan mahupun kesilapan yang selama ini ditidakkan...... 


" Wahai orang2 yang beriman! Mengapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? (itu) sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa2 yang tidak kamu kerjakan "

[Saff; 2-3]


Penulis merasakan ayat di atas sering menjadi bahan tadabbur dan hujah oleh daie2 di luar sana. Tetapi sejauh manakah kita mampu mencerap dan sekaligus menghadami dalam hati kita. Wahai daie, jangan sesekali kamu terpedaya dengan permainan bibirmu kerana ditakuti itu hanyalah sekadar omong kosongmu!

Kata2 sahaja belum cukup memenuhi syarat untuk menjadi cerminan terhadap iman seseorang. Definisi iman sangatlah diskrit, merangkumi hati, lidah dan anggota badan. Tugas hati adalah membentuk pengakuan, tugas lidah adalah membentuk perkataan manakala tugas anggota badan adalah membentuk amalan. Inilah ciri2 individu muslim yang sebenar, dalam dirinya tiada kegusaran;



  1. Dalam hatinya tiada kegusaran sehinggakan hatinya mampu mempengaruhi lidah untuk mengucapkan kata2 yang baik.
  2. Pada lidahnya tiada kegusaran sehinggakan lidahnya mampu mempengaruhi anggota badan untuk mengamalkan perkara yang baik.
  3. Pabila anggota badannya tiada kegusaran dalam beramal, maka hatinya yang sarat dengan keimanan tidak akan rasa gusar pabila didatangi dengan pelbagai cabaran dan dugaan.    



Nukilan kali ni bukanlah untuk mengkritik mana2 pihak atau individu tertentu, memadai lah ia ditujukan khas buat diri penulis....diri yang penuh dengan tompok hitam. Moga2 tompok hitam ini menyedari bahawa tempatnya bukanlah pada hati tetapi pada tubuh anjing Dalmation...haha~



Sumber: Ilham daripada Allah Azza Wa Jalla